Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Isteri adalah anugerah kepada dari Allah utk setiap lelaki dimuka bumi ini..Isteri menjadi teman,sahabat dan kekasih utk lelaki.Seburuk manapun isteri kamu,cintailah dia seadanya.Berikan perhatian,kasih sayang dan kejujuran padanya.Semoga ikatan yang halal itu akan berpanjangan sampai ke syurga..InsyaAllah..
"Cintai isterimu..apabila dia merasa kopi atau teh anda.Dia hanya utk memastikan rasanya sedap utkmu.
"Cintai isterimu..apabila dia 'memaksa' utk anda bersolat.Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu.
"Cintai isterimu..apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak anak.Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu.
"Cintai isterimu..apabila dia masak tidak sesedap ibumu.Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu.
"Cintai isterimu..apabila dia merasa cemburu.Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki diluar sana.
(Dunia macam macam)