,


Saturday, July 30, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN...aku merinduimu...

As Salam..
Alhamdulillah aku berkesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan
pada tahun ini..insyaALLAH..
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas..
Ingin aku memohon ampun dan maaf 
kepada sesiapa jua..atas kesalahan yang sedar
atau tak sedar telah aku lakukan..

Ramadhan kembali dan selalu akan kembali selagi kita masih hidup.
Dan selama kita hidup pula ALLAH SWT sentiasa menyediakan
waktu keampunan bagi semua manusia...terutama umat islam...
Luruskanlah niat untuk beribadah Ramadhan
dengan penuh ketakwaan dan kejujuran..
sesungguhnya DIA MAHA MENGASIHANI...








jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 29, 2011

LOVE & FRIENDS




Ramai yang bercerita tentang cinta...saya pun nak tumpang sekaki le cakap-cakap pasal cinta...

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari cari dimana CINTA 
dan terus menunggu..kenapa??kerana..
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia..kan??:)

So hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI..
walau kita punya "kapel"..teman still paling setia.
walau kita punya banyak harta...teman still paling berharga.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, July 28, 2011

Tudung vs "free hair"

Perlawanan antara wanita bertudung dan wanita yang tak pakai tudung!

Saksikan! Siapakah yang bakal bergelar WBF (World Babbling Federation) Champion!

*huahuahuahua... memang power la ayat dia :)

                                            Ting!Ting!
And the winner is..


WANITA BERTUDUNG!!



Yup! Wanita sekarang ni ada yang pakai tudung sekadar untuk menyembunyikan tanduk mereka..


"Tapi takpelah, at least mereka pakai tudung.."

Kesimpulannya, anda jahat ke tak jahat ke, Anda baik ke tak baik ke, hukum Allah jangan dipertikaikan...



 http://mazeermohamad.blogspot.com/2011/07/oh-tudung.html

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, July 24, 2011

Segmen | Lulu Caldina Terjah Blog Saya



Singgah sane singgah sini,lastly jumpa segmen cam menarik gak..
Ni dia segmen LULU CALDINA.So tanpa buang masa yang tak berapa ada nie aku terus
taip entry n post.

To Miss Lulu Caldina
naper ler lulu cun sgt.suker tgk.suker suker suker!!
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 22, 2011

SEGMEN KAMI BLOGGER 1 MALAYSIA



 
       bendera Negeri JOHOR DARUL TAKZIM


lagu Negeri Johor


Allah selamatkan sultan
Anugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan merdeka bersatu hati 
ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH selamatkan sultan...


perghh dengan bangganya aku nyanyi lagu johor sambil menaip entry nie.
teringat zaman2 sekolah dulu2.hihihi..
kalau CIK POP tak buat segmen nie,aku pun tak kan tetibe lak nak nyanyi lagu kebangsaan Johor.Terharu seketika..
sape2 yang berminat nak join,"pat" kibarkan bendera negeri korang dengan berlagak dan sombongnya di belog.


 TAG;
Nyzham hadni

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER...

Santai Bersama BEN ASHAARI

As salam..ape2 hal aku bagi salam dlu.Nie 1st time aku join otai blogger punya segmen.BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER...korang join,.. aku pun nak!Al-maklum la aku pun baru jer terjebak dalam dunia blog2 nie.


Blog nie aku wujudkan adalah "tuk' mencari sahabat2 tak kira dimana jua korang berada.korang suka aku,, follow le.. =) tiada paksaan mahupun berunsur ugutan disini.ecehcehh melalut dah aku nie.ape2 pun selamat berblogging kengkawan.
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, July 18, 2011

sifat Anda;Tanah,Air,Api dan Angin


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan
sumber:1001rahsiadiri

http://www.zwani.com/graphics/islam/images/islam3.gif

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, July 17, 2011

12 signs you're falling in LOVE;


http://www.zwani.com/graphics/i_love_you/images/apic21.jpg

12.You can't stay mad at him/her for more than a minute or two.U actually have to try hard to stay mad.

11.you'll read his/her sms over and over again....

10.you'll walk really really slow while you're with him/her.....
  9.you'll feel shy whenever you're with him/her...

  8.While thingking about him/her your heart will beat faster and faster...

  7.By listening his/her voice..you'll "smile"for no reason....

  6.while looking at him/her..U can't see other people around U..U can only see that person

  5 .You'll start listening to slow songs..

  4.He/She becomes all U think about..

  3.You'll realize that you're always smiling to yourself when U think of them...

  2.You'll do anything  (a request that is not excessively) for him/her.
  
  1.While reading this,there was one person on your mind the whole time...

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

http://www.zwani.com/graphics/i_love_you/images/apic113.jpg
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, July 16, 2011

love_is_cinta


tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta
dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada
putus cinta...

cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum
sambil mendoakan kebahagiaan untuknya
walaupun jika terpaksa melepaskan 
ianya pergi..

jika kita mencintai seseorang
kita akan sentiasa mendoakannnya
walaupun dia tidak berada disisi kita

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 15, 2011

~ Friday~

sementara menunggu waktu
ada yang duduk dulu di luar
mengintai perempuan cantik yang lalu lalang
mendedahkan auratnya percuma

masuk ke dalam masjid 
tidak siapa pun yang sudi 
memberikan Salam..
masing-masing mahu mengambil tempat
seluas yang mungkin

seperti tidak ada masa 
untuk mendengar khutbah yang panjang..
sewaktu mengangkat takbir
ada yang teringat
motor atau keretanya hilang

sehabis sembanyang
tidak ramai yang mahu menunggu
bagi mengaminkan doa
kita perlu segera bergegas
untuk meninggalkan masjid
agar kasut tak kena curi!
dan dapat pulang dengan cepat
agar tidak sangkut dalam
Traffic Jamm!!

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, July 14, 2011

Kenapa superheroes susah nak main "tenet"




dalam kekuatan mesti ada kelemahan...










jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Rahsia Disebalik Kelahiran & Pasangan Ideal


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, July 12, 2011

JOM BERBLOGJOGGING BERSAMA CIK POP


Ni 1st time aku join segmen.Al-maklum la jadi blogger pun baru jek.
So aku join segmen yang Cik Pop(pelik oh pelik) anjurkan.
Bantu membantu tak rugi apa-apa pun..

   JOM KLIK "TUK" JOIN SEGMEN NI







                               
                                   Tag 


               http://pening_pala.blogspot.com
               http://missctf.blogspot.com
               http://ashafanie_mylife.blogspot.com















jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, July 9, 2011

Buat sahabat Untuk sahabat


http://www.zwani.com/graphics/friends/images/pic138.jpg

Surat buat sahabat… Malam Tadi Kamu Dan Kawan Baikmu Bertengkar. Kamu Membuat Keputusan Tak Mahu Bercakap Dgnnya Keesokan Harinya. Dia Senyum Kepadamu. Sebaliknya Kamu Mengetap Gigimu Kpdnya. Dia Menceritakan Perkara Yg Baik Tentang Kamu Kpd Kwan2nya Yg Lain. Kamu Pula Menyebarkan Khabar Angin Mengenainya. Dia Cuba Mendekatimu Dan Menegurmu. Tapi Kamu Tolaknya Ke Tepi. Baginya Kamu Seorg Kawan Yg Terbaik. Kamu Pula Rasa Dia Seorg Kawan Yg Paling Teruk Pernah Kamu Jumpa. Dia Pun Menulis Nota Kpdmu Dan Menceritakan Semula Kenangan Manis Yg Pernah Kamu Dan Dia Kongsi Bersama. Kamu Pula Menulis Semua Saat Buruk Yg Kamu Ingat Sepanjang Bersamanya. jauh Di Sudut Hatimu Kamu Mengasihaninya. Tapi Di Hatimu Sudah Penuh Dgn Kebencian. Keesokan Harinya Kamu Jumpa Satu Nota Drpdnya:

Dear_______ _,
Saya Cuba Memberitahu Kamu Semlm Tapi Kamu Tak Beri Peluang Utk Saya Bercakap. Saya Cuba Beritahu Kamu Berita Gembira Tapi Kamu Takut Utk Mendengarnya. Saya Cuba Utk Senyum Kpdmu Tapi Kamu Sambut Senyuman Saya Dgn Kebencian. Skrg Ni Keadaan Saya Sgt Teruk Dan Makin Teruk. Saya Minta Maaf Sbb Hari Ni Saya Tak Dpt Berjumpa Dgn Kamu. Saya Tulis Surat Semasa Saya Di Hospital. Saya Sudah Kesuntukan Masa. Saya Minta Maaf Sbb Terpaksa Beritahu Kamu Skrg. Saya Minta Maaf Atas Pergaduhan Kita,Kamu Mmg Seorg Kawan Yg Hebat. Saya Janji Saya Akan Sentiasa Memerhatikan Kamu. Salam Kasihsayang….

Kamu Pun Berlari Ke Hospital Utk Meminta Maaf Pdnya. Tapi Hanya Ibunya Saje Yg Ada Di Situ. Ibunya Menekap Mukanya Dgn Kedua Belah Tgnnya. Dan Dia Pun Menangis.Dia Melutut Dan Berdoa Supaya Tuhan Kembalikan Anaknya. Kamu Sudah Terlambat. Kamu Berharap Dpt Beritahu Kawanmu Yg Kamu Minta Maaf Dan Ucapkan Selamat Tinggal.

Pengajarannya:
Semua Kawan Ada Masa Naik Dan Turun.Dan Kadangkala Kamu Perlu Meminta
Maaf. Jgn Tunggu Org Lain Melakukannya Dulu. Sbb Kamu Takkan Tahu Ape Akan
Terjadi Esok Hari. Kalau Kamu Benar2 Sygkan Kawanmu Dan Sanggup Berkawan Hingga Nafas Terakhir.

Aku bersyukur kerana kamu kawanku!
Kwn2ku, Maafkan Daku Diatas Keterlanjuran Dan Prbuatanku Yg Mnyakitkn Ati Kamu Sume...Itulah Harapanku.

AL-Fatihah buat sahabatku arwah zamri,rashid dan diana..semoga ditempatkan dikalangan org2 yang soleh & solehah..Aminnnnn



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

jual telur



Pembeli: "Dik, telur sebiji berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

kalau dah terdesak..manusia jadi kreatif




Lagi gambar2 ….
yang last nie agak2 apa ea...?eeeeuuuuwww





jom komen di entry Fahz..TQVM :)