ada yang duduk dulu di luar
mengintai perempuan cantik yang lalu lalang
mendedahkan auratnya percuma
masuk ke dalam masjid
tidak siapa pun yang sudi
memberikan Salam..
masing-masing mahu mengambil tempat
seluas yang mungkin
seperti tidak ada masa
untuk mendengar khutbah yang panjang..
sewaktu mengangkat takbir
ada yang teringat
motor atau keretanya hilang
sehabis sembanyang
tidak ramai yang mahu menunggu
bagi mengaminkan doa
kita perlu segera bergegas
untuk meninggalkan masjid
agar kasut tak kena curi!
dan dapat pulang dengan cepat
agar tidak sangkut dalam
Traffic Jamm!!
No comments:
Post a Comment
awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)