,


Saturday, May 26, 2012

Monster Energy

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.

Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.

Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, May 24, 2012

' Segmen : Tingkatkan Visitor Dan Followers '

Assalamualaikum wbt

Click HERE

Bersegmen lagi setelah berehat selama 5 hari dari menaip apa2 di blog.
Kali nie segmen yang fahz join adalah dari Dazzi Lurzzi Official Blog.
Due date 30 May 2012.Jom sertai!! :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, May 18, 2012

Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

(Hadith)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullullah SAW bersabda " kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.Kita adalah yang paling dahulu masuk ke syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita.Esok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
(al-Bukhari)

 
Huraian
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, May 17, 2012

" Segmen : Tambah Follower twitter


Assalamualaikum wbt..

klik banner

Actually kebetulan hari nie Fahz baru je daftar acc twitter utk join Churp churp.Then terpandang segmen nie dekat blog Mizz Z.So apa salahnya kalau sertaikan..bukan kena bayar pun.. :)


fahz tag kamu,kamu,dan kamu


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Korang rasa tak?

Assalamualaikum wbt..
Kumulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Korang rasa tak..sejak2 nie kepanasan melampau2.Tahap tak boleh tahan dah.Switch on aircond pun tak terasa sejuknya.Baru panas dunia,dah tak tahan menanggung,bagaimanalah kepanasan di akhirat kelak..Subhanallah..

Hari nie demam melanda diri.Kuatkan diriku Ya Allah..rasa lemah semacam je badan..Ku gagahi diri menaip bait2 perkataan di blog.Semoga beroleh doa agar aku sihat seperti biasa dari sahabat2 blogger..









jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, May 14, 2012

' Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

klik SINI untuk sertai

Dah lama fahz tak sertai segmen.And segmen ini dianjurkan oleh Mizz z.
Jumlah Follower Fahz sekarang 524.Fahz berasal dari Johor.Dan sekarang menetap di Nilai N9.
Due date utk segmen ni 16 May 2012.
Dan Fahz nak tag semua blogger yang singgah sini & yang baca entry nie :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, May 13, 2012

Ibu Mithali Ibu Yang Sejati..

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selamat Hari Ibu fahz ucapkan utk ibu2 dan bakal menjadi ibu diseluruh dunia.Hargailah ibumu selagi hayatnya masih ada.Kerana ibumu itu adalah insan yang paling istimewa dalam hidupmu.Apabila dia sudah tiada,tidak akan ada pengganti yang setanding dengannya.Oleh itu bahagiakan lah dia..Jika kamu tidak mampu utk membahagiakannya,jangan menyakitinya.

Buat ibuku Pn Asmah,selamat hari ibu,bonda..semoga hari2 yang bonda lalui adalah hari2 yang bermakna.Terima Kasih atas segalanya.Juga kepada ibu mertuaku Pn ros..

jom komen di entry Fahz..TQVM :)