,


Saturday, September 21, 2013

5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA

Assalamualaikum wbt..





Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam

sumber

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, September 8, 2013

Beruntungnya Jadi Suami...

Assalamualaikum wbt..





Beruntungnya jadi suamikan..

-Tengok isteri dengan rasa kasih, dapat pahala..

-Senyum kat isteri dapat pahala..

-Cakap lembut-lembut dengan isteri dapat pahala..

-Belai rambut isteri dapat pahala..

-Peluk isteri dapat pahala..

-Cium isteri dapat pahala..

-Bergurau dengan isteri dapat pahala..

-Bermanja dengan isteri dapat pahala..

-Puji isteri dapat pahala..

- Bersama dengan isteri dapat pahala..


Senang sangat nak buat pahala.
Syaitan pun menangis sebab gagal nak buat kita suami isteri bergaduh sampai terlintas dalam hati nak bercerai berai ..

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, September 6, 2013

Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum & Selepas

Assalamualaikum wbt..



Salam Jumaat buat semua umat Islam ...Mulakan hari yang berkat ini dengan zikir dan selawat..

Dalam mencari pasangan,dan melayari bahtera rumahtangga banyak aspek yang perlu kita kaji dan sedari..Hidup berpasangan menjadi keperluan fitrah bagi setiap makhluk ciptaanNYA..Alam Perkahwinan bukan untuk sehari dua.Semua pasangan inginkan kebahagiaan berpanjangan.Moga apa yang Fahz kongsikan disini dapat memberi ilmu berumahtangga buat kawan-kawan semua termasuk diri ini..  :)


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.



5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.



8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran. 7.Kesabaran.





sumber
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, September 2, 2013

Kelakuan & Cara Menangani Anak Terlebih Manja

Assalamualaikum wbt


Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.


1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


Apa yang harus dilakukan?




*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.




In Shaa Allah....



jom komen di entry Fahz..TQVM :)