,


Thursday, April 26, 2012

Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Isteri adalah anugerah kepada dari Allah utk setiap lelaki dimuka bumi ini..Isteri menjadi teman,sahabat dan kekasih utk lelaki.Seburuk manapun isteri kamu,cintailah dia seadanya.Berikan perhatian,kasih sayang dan kejujuran padanya.Semoga ikatan yang halal itu akan berpanjangan sampai ke syurga..InsyaAllah..

"Cintai isterimu..apabila dia merasa kopi atau teh anda.Dia hanya utk memastikan rasanya sedap utkmu.

"Cintai isterimu..apabila dia 'memaksa' utk anda bersolat.Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu.

"Cintai isterimu..apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak anak.Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu.

"Cintai isterimu..apabila dia masak tidak sesedap ibumu.Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu.

"Cintai isterimu..apabila dia merasa cemburu.Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki diluar sana.

(Dunia macam macam)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, April 23, 2012

Tasik Bertukar Biru Pada Waktu Malam

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Gippsland Lake adalah kawasan luar bandar di Victoria, Australia.Tempat ini terkenal dengan air 
bercahaya biru yang muncul pada waktu malam.Ini kerana terdapat mikroorganisma yang menghasilkan cahaya biru luminescence semula jadi di dalam tasik ini.
Pemandangan siang hari di tasik ini sama saja seperti tasik di tempat lain.


Pemandangan matahari terbenam di tasik ini sebelum cahaya biru muncul




Subhannallah..sungguh indah ciptaan yang Maha Esa..



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, April 21, 2012

12 Cara memilih Sahabat menurut Islam

Assalamualaikum wbt
Kumulai Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ehsan en google

Pertama : Jika engkau berbuat baik kepadanya,ia akan melindungimu

Kedua : Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

Ketiga : Jika engkau memerlukan pertolongan darinya berupa wang @ sebagainya, ia akan membantumu.

Keempat : Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

Kelima : Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, ia akan mengusahakannya.

Keenam : Jika engkau berdiam diri (malu hendak meminta), ia akan menanyakanmu.

Ketujuh : Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikkan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

Kelapan : Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

kesembilan : Jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu utk menghilangankan kesusahan itu).

Kesepuluh : Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

Kesebelas : Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu.

Keduabelas : Jika engkau berselisih faham,nescaya ia akan lebih senang mengalah utk menjaga kepentingan sahabat..

( sahabat terbaikku adalah suamiku...)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, April 20, 2012

'Segmen : Jom Tingkatkan Follower Dan Trafik Blog

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

sila klik DISINI

Due date dia paling best..sebab tarikh itu bersamaan dengan tarikh lahir Fahz.So Fahz join biar jadi kenangan.perghhh boleh mcm tu?hihihiih jom geng blogger sertai segmen nie.
due date : 25 April 2012







jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, April 19, 2012

Sunnah Menyikat Rambut

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, April 14, 2012

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat...Aminn

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berikutan adalah kisah menyayat hati yang aku (Fahz) lalui dengan suami.Sebenarnya tak nak dedahkan cerita nie pada umum.Tapi bila aku try search nama mangsa yang terlibat,ternyata ada pekara yang tidak benar..Jadi aku ingin kongsikan serba sedikit yang aku tau..

Tajuk berita di MyMetro (Tiada Langsung Simpati).Tidak benar sama sekali..
Kejadian sekitar jam 9 mlm.Di km201.9 berdekatan plaza tol ayer keroh arah selatan.Sewaktu kenderaan kami ( Aku( Fahz) & suami ) sampai di tempat kejadian, mungkin kemalangan baru berlaku.Zaleha Rasul sedang dukung bayinya dan menjerit kpd suamiku,“tolonggg anak saya”.Lantas suami berkata “jap3″ sambil menunjukkan isyarat tangan.Bila kenderaan kami berhenti di bahu jalan,aku bergegas keluar diikuti beberapa pemuda yang turut berhenti.Tanpa menghiraukan kenderaan lain,aku berlari menuju ke Zaleha dan bayinya.Kelihatan zaleha dan bayinya berdarah dibahagian muka.Dan bayinya tidak menunjukkan sebarang reaksi..Aku memimpin zaleha ke tepi jalan dgn hasrat utk membawanya ke hospital.Terhenti apabila sebuah kenderaan polis berhenti dan aku menghantarnya ke dlm kenderaan tersebut bersama bayinya.Keterangan tentang org ramai tidak simpati berikutan tajuk di metro adalah tidak benar.Ramai yang berhenti menghulurkan bantuan.Dan yang mengambil barang2 iaitu kain perniagaan mangsa hanya seorang “pakcik” yang usianya lewat 40an.Aku ada menegur diatas perbuatannya.Sambil berlalu pakcik itu berkata ” dari kena lenyek baik saya kutip”.Dgn perasaan yang terlalu sedih dan panik aku hanya memandang perbuatan pakcik itu dengan linangan airmata..Sementara menunggu suami pergi menghulurkan bantuan ke atas suami Zaleha,aku hanya bersandar di kereta dan teringatkan Zaleha dan bayinya.Dalam hati berkata " tahukan zaleha yang suaminya sudah meninggal"..Aku menangis tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang didepanku.Seakan aku yang terlibat dalam nahas tersebut.
Peringatan untuk diri sendiri..Jalanraya mahupun highway,bukan lesen" untuk kita memandu dengan laju.Nahas tidak berbau.
( bila terpandang seluar yang aku pakai malam kejadian,hatiku tersentuh.Masih ada kesan darah si bayi..Lantas aku masukkan dlm washing machine buh clorox.Biar ianya terpahat dlm fikiran saja )...Semoga Roh suami dan anak zaleha dicucuri Rahmat..Amin..



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, April 11, 2012

Doa & Petua Menduduki rumah baru ( cara islam )

Assalamualaikum
Kumulai dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  • 1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
  • 2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
  • 3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
  • 4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
  • 5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
  • Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, April 10, 2012

" segmen cik tyra lee (blogwalking+up follower "

Assalamualaikum..
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Bersegmen lagi.Dan kali nie Fahz join segmen dari cik tyra lee.
Due date 20 april 2012 Jam 11:59 pm.
Masih sempat lagi untuk korang sertai segmen nie.
Klik banner untuk terus ke blog penganjur ya.
Yok blogwalking :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, April 8, 2012

Wanita , Umur , Jodoh

Assalamualaikum wbt

Kumulai dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Wanita,Umur dan Jodoh.Sering berkait rapat.Bukan sedikit anak gadis yang resah menunggu 
kehadiran jodoh mereka.Lebih lebih lagi apabila umur semakin meningkat.Ketika tumpuan kepada pembelajaran telah beralih kepada pekerjaan,ketika alam belajar berubah ke alam bekerja,perasaan resah itu semakin menjadi jadi.

Ada atau tidak jodoh utk mereka??Itu persoalan yang seringkali menghantui hidup mereka.Apatah lagi melihat teman teman seusia mereka seorang demi seorang melangkah ke alam rumahtangga.Alangkah bertuahnya mereka,sedangkan diri sendiri semakin hari terasa semakin sunyi.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
(sesungguhnya Allah tidak memandang kepada paras rupa dan harta benda kamu,sebaliknya DIA memandang hati dan amalan kamu)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, April 3, 2012

Simbol Titik Merah

Assalamualaikum wbt

Kumulai dengan Nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang


Perhatikan titik merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan diatas bar coklat seperti snickers/Bounty bar choclate/Marikh..Ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.Cap ini bermakna  bahawa produk produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari khinzir.
Mereka meletakkan tanda untuk memberi amaran kepada orang orang vegetarian bahawa coklat tersebut mengandungi bahan bahan bukan vegetarian.
Untuk pengemar coklat lepas nie kena "be more careful"..


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, April 2, 2012

Cermin Diri

Assalamualaikum wbt...

Cermin diri...' Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang '

  • Senyum itu tanda kemesraan,diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian.Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran.Insaflah ini tanda kelemahan diri.Kesalihan keterlanjuran itu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi.
  • Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  • Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa.Kecuali orang yang mukmin.
  • Diantara tanda tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah yakni bertegang leher.Nampak dimukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.Bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda tanda kesal diatas kesalahan.
  • Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus) , cepat melahirkan sifat marah ( lemah mujahadah) . Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali ditempat tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  • Tahu diri kita hampa,itu dalah ilmu.Merasa diri kita hampa,itu penghayatan.Yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk,malu.khusyuk,takut,hina dan lain lain lagi sifat kehambaan.
  • Jika kita mengingati dosa,kita tidak nampak lagi kebaikkan kita.Apatah lagi untuk dibanggakan.
  • Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya.Tapi jangan putus hati kita dengan Allah.Ini adalah hakNya pula.
  • Apabila kita senang dengan pujian,rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi.Tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikkan..


jom komen di entry Fahz..TQVM :)