,


Wednesday, July 31, 2013

Lailatul Qadar...

Assalamualaikum wbt..



'Lailatul Qadar (Bahasa Arabلیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandangan jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27.
 Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 26, 2013

Peristiwa Nuzul Al- Quran

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat buat warga Malaysia..



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, July 25, 2013

Khalifa Khasyifa...

Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera warga bloggers..Dan selamat menunaikan ibadah puasa :)

Sejak berpantang dari bersalin tempoh hari sampai la dah habis berpantang asyik bertangguh je entry seisi memperkenalkan baby Fahz pada kawan-kawan bloggers..

Alhamdulillah pada 5hb Mei 2013 bersamaan hari PRU KE13 , Fahz selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.17kg di Senawang Specialist Hospital..Baby perempuan yang Fahz dan suami namakan Khalifa Khasyifah...
  


 Khasyifa baru je dilahirkan





Kini Khalifa Khasyifa dah berusia  2bulan 20hari..

Ummi & Papa doakan semoga khasyifa akan menjadi anak yang baik, anak yang berguna untuk dunia dan akhirat.Jadilah insan yang solehah , insan yang cemerlang kelak.. In Shaa Allah.






jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, July 24, 2013

2014...Pengguna Skybox Leh simpan "decoder" dlm kotak semula...

Assalamualaikum wbt...


Wahh tak pernah-pernah Fahz buat entry macam nie kan..Tapi malam nie terpanggil nak buat entry tentang " Astro" & " Skybox". Ada yang tak tau apa tu "skybox" ke? Hmm meh nak terangkan sikit je apa yang Fahz tau tentang skybox ye..

APA ITU SKY BOX ???



 " skybox ni dalam bahasa yang senang faham ialah receiver untuk terima satelite..
mcm decoder astro... tp guna decoder skybox.

Apa yang best guna benda ni ialah korang leh tgk semua CHANNEL yang ada kt Astro ..
 CHANNEL yang ada termasuk la MUSTIKA,HBO,FOX,MAX,BEST, FIRST dan lain2 lagi yang ada.. " 

Kira bila kita pakai skybox 'kebanyakkan' channel kat astro kita dapat tengok la dengan menggunakan line  Internet.Tapi tengok keadaan gak..Macam Fahz pun pengguna skybox   channel kat astro best/first tak dapat tengok semua.Dan kualiti gambar pun tak secantik dan seterang astro..

So tadi sembang dengan sorang kawan yang baru Fahz kenal, dia pun baru je dalam "keluarga Kerja Astro ". Apa yang dia bagitau kat Fahz tentang astro sedang menaik taraf decoder.1 January 2014 berkuatkuasa. Dan sekarang nie slow-slow decoder lama ditukarkan ke baru. So semua decoder lama akan ditukar ke decoder yang macam beyond tu.Jadi decoder lama akan dihapuskan..Bermaksud skybox pun akan terhap....Tapi tak tau la kalau ada hackers yang boleh hack balik siaran astro tuk combine semula dengan skybox.

Fahz pun baru je guna skybox..Jadi bukan faham apa fungsi skybox sepenuhnya.En suami yang beriya-iya sangat nak masuk skybox sebab nak support' kawan dia..Lepas nie sila pasang semula decoder lama ummi ye sayang.Dan decoder skybox kita hias dekat gobok'.huhuhuh

Enty ini bukan nak promot Astro or skybox.Cuma untuk pengetahuan sesama kita..sharing is caring :))

kalau ada salah tentang "skybox" sila perbetulkan fahz ye..sebab taknak ada saman menyaman sebab kuarkan kenyataan tak betul... leh camtu?




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 12, 2013

Pemakanan sihat di bulan Ramadan

Assalamualaikum wbt


makan


Beribadah sambil mengamalkan pemakanan sihat. Pendekatan seperti itulah yang sepatutnya dipupuk dalam hati setiap Muslimin dan Muslimat apabila menjelangnya Ramadan. Keberkatan bulan Ramadan juga perlu direbut bagi mendidik hati ke arah kebaikan. Namun, berapa ramai di antara kita yang dapat mengawal nafsu makan apabila melihat pelbagai juadah di bazar Ramadan?

Bulan Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sebaliknya ia turut mengajar kita agar mengawal hawa nafsu. Antara nafsu paling besar yang sering membelenggu pada bulan puasa adalah nafsu makan. Nafsu makan yang keterlaluan dan tidak dibendung akan menyebabkan berlakunya pembaziran.

Justeru, bagi mengelak situasi berkenaan, anda perlu:

· Bersahur
Ia amat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari. Sebaiknya sajian paling berat diambil ketika bersahur dan bukannya ketika berbuka. Bagi sesetengah orang, sekeping roti bersama beberapa biji kurma dan secawan air coklat panas sudah memadai. Pun begitu, jika anda perlukan banyak tenaga pada keesokan hari ambillah sajian secukupnya.

. Menu seimbang
Pilih sajian yang mengandungi karbohidrat kompleks yang kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Kandungan serat membantu mengawal paras gula dalam darah selain mengenyangkan. Ia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut apabila lapar. Elakkan makanan gorengan dan pedas. Jangan lupa lebihkan buah-buahan dan sayuran kerana ia penting bagi proses perkumuhan dan mengelakkan sembelit.

· Bersederhana
Sentiasalah bersederhana ketika berbuka mahupun bersahur. Makan secara berlebihan pada waktu berbuka akan menyebabkan anda kekenyangan dan sukar beribadah. Ambil makanan dalam kuantiti sederhana tetapi cukup dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan badan.

· Air masak
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anda berasa pening dan mengantuk. Justeru, bagi memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat, minum banyak air masak ketika berbuka dan bersahur.

· Senaman
Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti beriadah. Jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk tidak bersenam.

Pemakanan dan gaya hidup yang sihat mempengaruhi ibadah anda di bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Semoga sama-sama beroleh manfaat!

creadit to nona



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah berkesempatan kita sekali lagi untuk menyambut dan menikmati Ramadhan Al- Mubarak.
Semoga Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna dan lebih dihayati dari tahun-tahun yang lepas..In Shaa Allah..

Dan dikesempatan ini Fahz ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam tak kira dimana jua anda berada..Selamat Berpuasa :))


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, July 8, 2013

Aktiviti Dihari Minggu... ' snow cheese cake '

Assalamualaikum wbt



Selamat Berhari Isnin buat semua Warga Malaysia khususnya..Mulakan hari anda dengan Bismillah dan diikuti dengan selawat Keatas Junjungan kita Muhammad SAW..Dan jangan lupa untuk SENYUMMM..kerana senyuman itu akan menceriakan hidup anda!

Hmm tak mau celoteh banyak2..Fahz cuma nak kongsi aktiviti di hari minggu yang agak kebosanan sebab En Suami berkerja.. So petang ahad semalam Fahz mencomotkan diri dengan membakar kek nie hah..

  
Hehehe kononya ' Snow Cheese Cake ' lah... selalunya kalau Fahz buat kek mesti separuh jalan je.Mean tak  letak topping bagai la.Tapi petang semalam agak rajin dan bersemangat.Siap bernyanyi2 riang didapur lagi time mendeko tu. Pulak tu si kecil sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah lagi.. :)) Jom tatap lagi gambar yang tukang snap'nya tak berapa pro nie..



Dan keknya hanya tinggal gambar saja..Fahz sempat beri kat jiran dan separuh lagi En Suami bawak pi kerja... Selesai sudah kek ku :)) rasa puas bila apa yang kita hasilkan tak di sia-siakan..







jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, July 7, 2013

Segmen Menjelang Ramadhan by Cik Miela

Assalamualaikum wbt




KLIK


Segmen tamat pada 8.7.13 jam 0000hrs

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, July 6, 2013

Alhamdulillah Ya Allah..blog fahz dah FREEEE MALWARE

Assalamualaikum wbt...




Alhamdulillah...sangat2 bersyukur sebab Fahz tak perlu nak korbankan blog nie..
Sebulan yang lepas masa Fahz dalam berpantang lagi Mizz Aiza mesej Fahz melalui G+. Dia kata blog Fahz ada virus Malware..Hmmm patutlah bila Fahz saja2 masuk blog pengunjung tak ada.

Lepas tu Empayar Utama pun banyak bagi info tentang malware yang ada kat blog Fahz nie.Tapi bila dah dapat kesan "lappy" pulak buat hal..At last En Suami belikan PC untuk fahz.

Baru petang tadi berpeluang nak check cara nak removekan virus tu.Fahz jumpa blog Puteri Kasih .Hmmm Fahz berterima kasih sangat2 kat blogger 3 orang nie yang memang prihatin & tak lokek ilmu.Puteri kasih pun sanggup tweet Fahz.Rasa terharu la..

Rindu nak berblogging, rindu nak tatap blog serba kekurangan nie..Lepas nie jangan la takut takut singgah blog Fahz ya..Dah CLEAN dah :))










jom komen di entry Fahz..TQVM :)