,


Wednesday, November 23, 2011

segmen | jom join BLOGLIST nurulauni tahun 2011



Assalamualaikum..Klik banner utk join :)
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, November 22, 2011

kecantikan...


assalamualaikum...
lama benar tak update blog..bersawang berhabuk merata..jenuh nak perah otak utk pikir bagaimana nak "membersihkannya"..lantaran terpanggil utk berkongsi tentang kecantikan pada semua blogger n readers..
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada kamu, sedangkan kamu merasakan tiada apa-apa istimewanya kamu. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundartetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika kamu merasakan kamu tidak begitu menarik.kamu tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan kamu. Ini termasuklah gaya jalan kamu, cara nada bertutur, pendirian serta sikap kamu terhadap sesuatu perkara.

Jika kamu belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma kamu belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri kamu.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu kamu adakah kamu yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa kamu,kamu sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan kamu tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya kamu belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan..
                                  
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, November 17, 2011

Renungan~ Gambaran Hari Kiamat

              


* Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

* Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

* Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

* Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

* Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

* Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

* Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam  kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

* Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

* Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

* Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

* Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


* Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

* Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

* Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

* ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

* Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

* Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

* Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

* Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

* Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

* Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

* Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

* Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

* Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

**Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

* Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

* Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

* Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

* Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad A
sumber

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, November 12, 2011

Arghhhh aku di Tag lagi ~

Assalamualaikum...


Hari nie nak tebus 2 hutang yang fahz delay..Dari Che nor & dayah.Meraka berdua telah meng"Tag fahz..sebenarnya fahz dah buat entry tag sebelom nie.so sekarang buat la lagi sekali dengan rela hati :) 



  1. You must post these rules
  2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. answer the question that tagger set for you in their post.And create  eleven new questions for the people you tagged to answer.
  4. you have to chose 11 people to tagged and link them on the post.
  5. go to their page and tell them you have tagged him/her
  6. no tag back !7.
  7. no stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
   11 PEKARA TENTANG DIRI FAHZ

* anak jati johor
* seorang yang simple dlm kehidupan.
* lebih rapat dengan abah dari mak :) abah u're my hero 
* anak ke4 dari 5 adik bradik
* blogger perempuan aka perempuan melayu tersopan :) sila jgn marah kawan2 
* sedikit degil.tapi lembut hati.
* saya tak suka dicabar.
* purple adalah my "peberet kaler".
* suka membaca..hatta kertas pembungkus nasi lemak yg ade tulisan :)
* tak suka tengok wayang .. tv kat rumah pun jarang2 tengok 
* suka berkawan.mudah mesra.tapi pemalu :)
 
So sekarang nak jawab soalan dari Che Nor:
 
* what do you know about me:
 - che nor seorang pelajar di UITM..nama sebenar Hazirah :)

* impian sebenar dalam hidup:
 - menjadi insan yg berguna utk dunia dan akhirat.

* dalam keluarga,siapa yg lebih rapat dengan anda:
 - kambeng abah,namanya pungut.hehe tak la abah insan paling rapat ngan fahz.

* a song that really meaningful to you:
 - Azura by Jamal..cuba ubah nama azura kepada an nurfahz best tak bunyinya :)

* Sweetest memory in your life:
 - semua manis2 belaka 

* laptop or tv.choose one.+ why:
 - of course lappy.fahz jarang tgk tv.tak suka menonton.

* Lagu nasyid yang paling anda suka:
 - Pergi tak kembali dari Rabbani..

* Benda paling berharga dalam hidup:
 - kad pengenalan diri ..kang sia2 kena tangkap ngan imigresen :)

* kalau sedih,apa yang akan anda buat:
 - nangis sambil tgk cermin .. masa tu baru tau betapa hudohnya bila fahz nangis.ngeee~

* 5 thing yang melabelkan diri anda:
 - ambik jawapan yg kat atas tu boleh tak :)

* what do you think about my blog:
 - belog yang menarik,entrynya santai2 n colourful :)

And sekarang nak jawab soalan dari dayah:
 
* korang suka blog aku tak:
 - semua belog fahz suka :)

* korang rasa blog korang dah sempurna belum?:
 - masih banyak kekurangan.

* korang suka makan apa:
 - suka makan masakan mak :)

* kalau korang ada bf/gf,korang "kapel" dgn dia sbb apa:
 - ntah ek..maybe perjalanan hidup sudah ditentukan mcm tu.

* korang ada musuh?dia buat apa sampai korang benci dia?
 - tak ada musuh,dan tak nak cari musuh. nak cari kawan..mak kata berkawan biar berjuta 

* korang paling minat baca apa?:
 - baca buku tentang kisah2 Nabi

* korang suka subjek apa:
 - semua subjek yang fahz pilih masa school dulu :)

* Apa cita2 korang bila besar nanti:
 - dan besar pun.hehehe cita2 nak bahagiakan mak n abah.

* korang seronok ke sekolah/kerja sekarang nie:
 - dua2 seronok.sebab pengalaman lain2 cerita :)

* korang ada perasaan dgn kawan korang sendiri tak:
 - tak pernah.

* korang suka dipermainkan?kenapa?:
 - erkk..tak de sape suka dipermainkan dlm hidup..Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

yess akhirnya selesai sudah menjawab semua soklan yg diberi.mcm ambik paper exam pulak ye...so sekarang fahz pulak kena beri soalan..

* tarikh lahir bila?
* dah berpunya ke belum?
* pernah kena saman?sebab?
* ciri2 pasangan yang kamu inginkan
* tujuan kamu buat blog
* impian kamu yang belum tercapai
* siapa lebih penting?kawan atau lover?
* tentang kamu yg org lain tak tau?
* masih study or kerja?
* sehari berapa kali kamu makan?
* masa jawab soklan nie dah solat ke belum?

fahz nak tag 11 blogger yang fahz pilih secara rawak.siapa yang kena tu jgn marah ye.nie hanya suka2.nak buat boleh,tak buat pun tak pe.fahz hanya melengkapkan peraturan :)



       
   


 
 



 


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

7 KALIMAH


                                      

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
   

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Detik KematianKu..


Ku dengar tangis dan keluh kesah
Ku dengar langkah kaki mendekat
Akhirnya aku sedar yang diri ini akan pergi

Angin dingin mulai berhembus di dalam tubuhku
Dari kepala merayap hingga ke hujung kaki
Kemudian nafas terakhir keluar dari hidungku

Sudah saatnya berpisah
Aku mesti pergi
Pergi meningggalkan semua yang ada disisiku



  sambungan DISINI
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, November 11, 2011

Entry 11.11.11

Assalamualaikum..
                   
Sekarang nie kalau BW rata2 entry 11.11.11 ..So aku pun nak buat entry pada tarikh nie.Kebetulan 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat..Iaitu penghulu segala hari.


Tak banyak yang ingin aku titipkan..cuma rasa bersyukur kerana masih diberi peluang sehingga ke hari ini untuk menikmati segala kurniaan dariNYA.Kehidupan kita didunia ini tidak menjanjikan 1 jaminan yg berkekalan.Apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada DIA..


Gunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya..InsyaALLAH berkat hidup kita..:)


"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan.Tetapi utk mencapainya perlu sejuta mcm pengorbanan dan kepahitan..Manis tidak akan datang sendiri" :)
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, November 10, 2011

Usah Diserahkan Cinta


Usah diserahkan cinta sebab diri terasa sepi..
Kelak hati akan mula membenci,
jika dia bukan teman hidup yang dicari..
Yang hanya pandai menabur janji..

Usah diserahkan cinta kerana tertarik pada paras rupa..
Kelak jiwa akan terseksa,
jika dia yang dipilih tidak sebaik parasnya..
Yang senyuman manisnya hanya tipu belaka..

Usah diserahkan cinta kerana dirimu sering dipuji..
Kelak diri menagih janji,
jika muka berkedut dimamah hari..
Yang kesudahannya hilang sudah puji-memuji..

Usah diserahkan cinta kerana dirinya berharta..
Kelak satu masa hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja..
Yang sukarnya hidup miskin dan papa..

Usah diserahkan cinta kerana namanya kekasih..
Kelak diri akan disisih,
jika luntur sudah kasih bersih..
Yang memakan diri hidup bersedih..

Usah diserahkan cinta kerana menyambut salam rindu..
Kelak hati menahan pilu,
jika rindu itu tidak dapat bersatu..
Yang di manakah akhirnya hati ingin mengadu..

Usah diserahkan cinta kerana rasa ingin berteman..
Kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman yang diterima tidak beriman..
Yang menjadi penyebab dibakar api di hari kemudian..

Namun, serahkanlah cinta kepada seorang insan...
Bila cintanya dihulurkan kerana Tuhan..
Kerana sedarkan diri yang nipisnya iman..
Mencari bekalan hidup berteman..

Juga, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila kehadirannya penyebab meningkatnya keimanan..
Kerana telah dijadikan setiap yang hidup itu punya pasangan..
Menerima baik dan buruk ketentuan Tuhan..

Lagi, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila ia mengajar erti sebuah kehidupan..
Kerana kekurangan itu sebenarnya dugaan dan ujian..
Memuji Tuhan pula jangan dilupa jika ia sebenarnya kelebihan..

Dan akhirnya, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila diri senantiasa mengingati akan janji Tuhan..
Kerana isteri yang solehah sebesar kurniaan..
Mendapat suami soleh pula itulah kemenangan...

sumber: doc_cinta

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, November 8, 2011

"| SEGMEN | Stop! Den Nak Follow Ekau"



Assalamualaikum.~ tengok banner tu so STOP!!.hehe
Segmen dari cik Myra.Tarikh tutup 14 Dec 2011.
Jom join :)


Untuk terjah terus ke belog tuan empunya segmen sila klik di banner atau di nama beliau ye :)
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

No title

sejak bila la lagu nie jadi peberet' aku..


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan

Assalamualaikum~

Dengan sedikit kudrat yang ada aku cuba memenuhi permintaan cik sweetsour utk menjoinkan diri dalam segmen nie.Oleh kerana beliau telah meng'tag aku,jadi dengan tanpa segan dan silunya aku nak bagitau nie..

*ciri -ciri lelaki yang aku idamkan..alahaii malu le plak nak type nie :p
sebelum tu kepada sesiapa yang nak join jugak sila klik kat doodle dibawah ini ya :

Antara ciri2nya adalah :-


-Lelaki yang prihatin (Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.)


-Lelaki yang memberi kebebasan sewajarnya (kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas2 hukum,tapi memberi kebebasan yang berupa hak)

-Lelaki yang menjadi penawar (iaitu yg rajin & pandai memberikan kata2 keramat utk jadi penawar hati perempuan)

-Lelaki yang wangi (fitrah kaum perempuan yg dicipta sbagai makhluk yg cenderung kpd kebersihan & kecantikan.Oleh itu,kaum lelaki wajar  memberi perhatian akan pekara ini.)

-Lelaki yang sentiasa bibirnya terukir senyuman (senyuman yg ikhlas dan bukan dibuat2,walaupun dlm keadaan tertekan dia masih mampu tersenyum)

kalau tidak kerana mata yang mengantuk banyak lagi fahz nak typekan..
tak pelah type banyak2 pun tak de sapa nak baca ye tak?hehehe

so nak tag green house...mira














jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, November 5, 2011

"Segmen Cik Yuyue: Follower bawah 1000

Pwencess Yuyue Official Blogspot dot Com (NH)
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Nampak title kat atas tu?
So kepada yang berminat sila klik kat banner utk terjah terus ke blog tuan empunya segmen.Tarikh tutup 6 nov 2011

Fahz tag semua blogger yang singgah sini n baca segmen nie :) 

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Salam Aidil Adha



Dikesempatan ini fahz nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1432 Zulhijjah utk semua readers n bloggers..

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, November 4, 2011

Wednesday, November 2, 2011

"Ohseeem Giveaway by Faqihah,Scha,Ain"


klik banner untuk join
Assalamualaikum WBT..Alhamdulillah dengan kuasaNYA aku masih bernafas dimuka bumi ini..Dalam tak sedar dah masuk bulan november sekarang nie..Bermakna kita ada lagi kurang sebulan lebih untuk menyambut tahun baru 2012.


Thanks to ain nasuha,,sbb "tag" fahz utk GA nie.jom tgk syarat2 penyertaan :





Syarat-Syarat Penyertaan :>
Mesti ada blog dan warganegara MALAYSIA
  • Wajib follow blog FaqihahAinScha untuk mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa
  • Like page SchaAinFaqihah.
  • Hanya Lelaki dan Perempuan SAHAJA :>
  • Buat satu entry yang bertajuk "OHSEEEM Giveaway by Faqihah, Scha, Ain".
  • Ikut suka korang nak buat entry panjang or pendek. Letak banner contest. Linkkan terus ke blog Faqihah (jika korang dari blog Kihah) atau Scha (jika korang dari blog Scha) atau Ain (Jika korang dari blog Ain)
  • Dah buat entry? Okay. Kalau dah, copy link tu dan pastekan anda link tersebut di blog Faqihah (jika korang dari blog Kihah) atau Scha (jika korang dari blog Scha) atau Ain (jika korang dari blog Ain) di RUANGAN COMMENT.
  • Tag 1 orang atau LEBIH. Makesure diorang tahu OK. :)
Disunatkan follow blog/like page sponser di SINI. hehe. Sunat :) 
so aku nak tag natasya (selekeh story) 

jom komen di entry Fahz..TQVM :)