,


Wednesday, January 16, 2013

Doa Semasa Mengandung, Doa Mudah Melahirkan..

Assalamualaikum wbt



Terdapat banyak ayat Quran yang mengajar ibu-ibu yang mengandung. Doa ini juga boleh di baca pada anak yang besar. Antara doa-doa yang boleh anda amalkan semasa hamil ialah:
1. Doa mohon anak yang baik serta keturunannya
Surah Al Imran (3 : 38)
zohon mohon zuriat baik

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”

2. Doa Mudah Bersalin An Nahli 16:78
doa mudah bersalin
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

3. Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. Al Furqan (25:74)
doa anak baik sejuk mata memandang
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, January 13, 2013

Segmen 1 : My Follower

Assalamualaikum wbt

Selamat Petang buat rakan-rakan blogger yang singgah kesini.Petang nie Fahz nak sertai 1 segmen simple dari Permata Biru.Syarat-syarat segmen seperti dibawah :

1.follow saye, sy akan follow balik nanti..
 2.buat satu entry"segmen1:my follower" 
3.dalam entry tersebut masukkan link entry segmen ni,jumlah follower korang terkini(nk print screen pun boleh)dan ajak rakan-rakan lain join sama
 4.copy& paste link entry korang dekat komen bawah ni
 5.saya akan update senarai peserta.WAJIB follow semua peserta segmen nie nanti 6.beberapa peserta bertuah akan dicari dr segmen nie..
 tarikh tutup penyertaan:15 januari 2013 jam 12 tengahari. 


Follower Fahz setakat 13 Jan 2013 Jam 1546hrs ialah

748 Follower.

link utk segmen ini :



Jom support Segmen Permata Biru =)





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, January 12, 2013

Hayati 21 Amalan Menuju Ke Syurga

Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.Selawat serta salam buat Nabi Junjungan kita Muhammad SAW,keluarga serta para sahabat baginda.


Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju ke syurga Allah SWT.



1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadith Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana di dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadith Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredhaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah redha kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadith Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadith Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadith Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".(Hadith Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".(Hadith Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".( Hadith Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... "( surah Al-Ikhlas) dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".(Hadith Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHANALLAH WABIHAMDIHI... ' dan 'SUBHANALLAH HILAZIM.."(Hadith Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".(Hadith Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadith Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHANALLAH WABIHAMDIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadith Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".(Hadith Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadith Riwayat Muslim)




Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah SWT syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia ke syurga" dan siapa berlindung kepada Allah SWT dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, January 11, 2013

12 barisan Manusia Menuju ke Akhirat....

Assalamualaikum wbt


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'. Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'.


Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.' Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.



Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 'Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.



Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.



Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'.



Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.



Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.



Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.



Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T'


Semoga kita tergolong dalam barisan ke-12...Aminnn





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, January 10, 2013

Penggunaan " Masyallah" Dalam Percakapan Seharian

Assalamualaikum wbt



Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar² censored atau bila anak² kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" digunakan ketika takjub dengan sesuatu ciptaan ALLAH.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)...


Yang buruk datangnya daripada kita.Yang indah dan baik datangnya daripada DIA..Semoga kehidupan seharian kita diberkati olehNYA..Insya'ALLAH =)





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, January 9, 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah malam nie bersemangat nak join GA dari sahabat blogger nie iaitu Mr Hanif.
Syaratnya tak la susah sangat.Asalkan tak kena "like fan page" sure Fahz join :)
GA nie bermula dari 09 JAN 2013 till 09 FEB 2013.Sebulan gak tu.Jadi masih banyak masa untuk rakan2 blogger yang lain sertai.

Fahz tag :




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Pentingnya Selawat keatas Nabi Junjungan Kita SAW

Assalamualaikum wbt



CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur
(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,
tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum
itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?"


Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku
di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."


BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)
daripada langit sehingga orang yang berdoa itu
mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad."

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, January 8, 2013

" Makanan Janin semasa Ibu Hamil "

Assalamualaikum wbt



Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu
 akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap 
darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu 
selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat pembuahan, sangatlah penting bagi ibu untuk 
memperhatikan makanan yang dikonsumsinya. Sekaitan dengan makanan haram, 
diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya
 adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah minyak zaitun.


1. Minyak zaitun




Ibu hamil sebaiknya mengonsumsi minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

[ Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang dibekahi iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah ].


2. Delima



a. Sangat dianjurkan untuk dikonsumsi sebelum sarapan pada hari Jumaat.

b. Menjadikan anak baik ( berbudi luhur ).

c. Sangat baik untuk mengatasi mual, anemia, sakit kuning, sakit persendian, tekanan darah tidak normal, dan wasir.

d. Siapa saja yang mengonsumsi satu biji buah delima, maka hatinya akan dipenuhi cahaya dan syaitan tidak akan membisikinya selama 40 hari.


3. Kurma





a. Berdasarkan riwayat, makanan dan ubat terbaik bagi ibu hamil adalah buah kurma.

b. Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw, "Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar."

c. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, " Bagi ibu hamil, terutama saat melahirkan, makanan terbaik adalah kurma. Kerana, Allah SWT telah bersumpah dengan keagungan dan kemuliaannya (kurma). Jika seorang wanita mengonsumsi rotub (salah satu jenis kurma segar) pada masa itu, maka anaknya - samada lelaki ataupun perempuan - akan menjadi seorang yang penyabar."



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, January 7, 2013

"GREEN APRICOT FOLLOW & MENANG"


Assalamualaikum wbt



Untuk sertai klik la banner biru tu ye.Ada 3 banner yg disediakan.Due date utk segmen ni pada 13 Jan 2013.Masih sempat utk sesiapa yang ingin turut sertainya.Selamat Bersegmen =)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)