,


Monday, March 18, 2013

Cemburu Itu perlu... :)

Assalamualaikum wbt




Salam sejahtera warga Malaysia..Selamat Menjalankan tugas masing masing.Bersemangat sikit ye.Baru hari pertama menjalankan tugas.Jangan ada yang lemah longlai sudah :)

Ada sesiapa yang KUAT CEMBURU??? angkat tangan cepat!! ( tuan blog sedang angkat tangan sewaktu menaip entry nie ) hahahha...Cemburu tu perlu ke??

Soalan tu kalau diajukan pada Fahz "of course" la jawapannya..Cemburu tu banyak maksudnya.KATA orang, cemburu itu tandanya SAYANG. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Jadi cemburu itu perlu tapi biarlah berpada.Jangan la setiap kali pasangan kita melangkah keluar dari rumah je kita dah Fikir lain.Kadang kala sifat cemburu yang berlebihan akan memudaratkan diri kita sendiri.Misalnya terlalu ikut emosi dan stress.

“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri".
“Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,”.
Panduan elak pasangan cemburu
1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami/isteri tidak syak wasangka.
2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, March 16, 2013

10 Adab Bersama Ibu Bapa

Assalamualaikum wbt





Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’. 

Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.

Segera menjawab panggilan mereka.

Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ).

Mendoakan keampunan bagi mereka.

Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.

Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.

Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.


Sayangilah kedua Ibu Bapa kita selagi hayatnya masih ada.Tanpa mereka berdua mustahil untuk kita berada di muka bumi ini menikmati segala kurniaan dariNYA..Oleh itu gunakan lah peluang yang ada sebaik mungkin..Ibu Bapa adalah insan yang paling dekat dengan kita..selamat beramal :)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, March 14, 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera buat semua blogger & Warga Malaysia..









jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, March 12, 2013

Hikmah Membaca Ayat Kursi


Assalamualaikum wbt





Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"



Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis.

 Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

 Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

5 Perbuatan Dianggap Ibadah


Assalamualaikum wbt



5 Pekara daripada Ibadah:



1- Makan sedikit dikira Ibadah

2- Duduk didalam Masjid dikira Ibadah

3- Melihat kepada mushaf tanpa membaca dikira Ibadah

4- Memandang wajah orang alim dikira Ibadah

5- Memandang kewajah kedua Ibu Bapa dikira Ibadah


Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama manusia.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, March 11, 2013

Segmen Jalan Maya Dan Tambah Followers


Assalamualaikum wbt



Klik Banner

Tamat 25 Mac 2013



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, March 10, 2013

Ilmu Penunduk Suami :)

Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera Bloggers & warga Malaysia..


Sexy Untuk suami je tau :)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

7 Tips penting menghadapi ujian Allah SWT

Assalamualaikum wbt


Selamat Berhari minggu buat rakan-rakan blogger dan warga Malaysia..Ujian Allah.Tidak sama dengan ujian yang kita ambil dalam peperiksaan.Setiap Ujian yang Allah berikan ada hikmahnya.Ada pengajaran dan iktibar disebalik apa yang berlaku.Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk  menghadapinya? Bersediakah kita?

Mari kita berkongsi 7 Tips penting menghadapi ujian Allah SWT..


  * Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

* Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,'' sesungguhuhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

* Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

* Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester).  ''Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

* Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu.''Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

* Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa.'' Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)






jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, March 8, 2013

Wanita...

Assalamualaikum wbt


Wanita..
Di Ciptakan bukan dari kepala untuk jadi atasan..
Bukan pula dari kaki untuk jadi bawahan..
Namun..
Wanita di ciptakan dari tulang rusuk ,
Dekat dengan hati untuk di Kasihi
Dekat dengan lengan untuk di Lindungi..

Selamat Hari Wanita Sedunia 
buat Wanita yang bergelar Ibu , Isteri , Anak...



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, March 6, 2013

2nd Giveaway by OhhAeen

Assalamualaikum wbt


Klik banner utk join

Salam sejahtera bloggers..Semua sihatkan hari nie.. :).Alhamdulillah moga semuanya baik-baik saja.
Fahz jarang sangat-sangat nak sertai GA nie.Sebabnya kebanyakkan GA kena like fanpage la,dan banyak lagi syarat yang tak mampu Fahz tunaikan.Tapi kali nie Fahz dah di'tag oleh adik Alia,dan syarat GAnya sangat simple so Fahz tanpa keberatan untuk turut sertai.Pada blogger2 yang free tu jom turut sama join.Mana la tau kan rezeki berpihak pada kalian :)

Fahz tag :



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, March 5, 2013

MenCARI atau MenJADI??

Assalamualaikum wbt

" Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah , sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya " kata seorang Mahasiswi.

" Ana memang tak sebagus Ali , sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah.Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah! " Tegas seorang Mahasiswa.


Semua sibuk menCARI..jika jumpa mudahkah untuk mengekalkannya??

Kita jumpa dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah.Alhamdulillah,imejnya berjubah dan bertudung labuh.Tetapi mudahkah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumahtangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja , dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh , atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, March 2, 2013

Segmen Jom Klik Iklan BLOGGERS

Assalamualaikum wbt



Klik Banner ye


Klik link iklan Fahz DISINI  =)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, March 1, 2013

" Segmen: Blogwalking, Follow Dan Menang !! "

Assalamualaikum wbt


Sila Klik Banner 

tag: yaya & Mar

Tamat segmen 1 April 2013

Jom Join =)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tazkirah Jumaat : 4 Sakit Badan Tanda Terkena Sihir

Assalamualaikum wbt



Salam Jumaat buat semua warga Malaysia yang beragama Islam..
Sihir merupakan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah Taala. Ia merupakan perbuatan yang dianggap satu dosa besar dan memesongkan akidah. Jauhi dari melakukan perbuatan ini kerana ia akan menghumbankan diri dalam serba kehinaan di hadapan Allah kelak.

Sihir, selalunya dilakukan dengan bantuan jin dan iblis. Sihir adalah satu cara ilmu hitam yang menyesatkan untuk menyakitkan manusia lain. Sihir merupakan satu-satunya ilmu yang diharamkan untuk belajar, namun ada pendapat menyatakan ia satu ilmu yang harus anda tahu agar dapat melindungi diri dari terkena sihir.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Hanya syaitan-syaitan itu sajalah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia." (Al-Baqarah: 102)

Bagi mereka yang nak tahu berkenaan sihir, saya syorkan anda bertanyalah pada mereka yang arif lagi pakar, yang punyai latar belakang agama yang kukuh. Ia merupakan satu ilmu yang mempunyai daya tarikan yang boleh menyebabkan diri kita berada dalam kesesatan.

Jadi, bagaimana nak tahu seseorang terkena sihir? Antara simpton atau tanda-tanda seseorang terkena sihir ... salah satunya ialah sakit anggota badan.

Sakit badan ini meliputi perkara berikut:
  1. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
  2. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
  3. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
  4. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas. Sedawa yang berpanjangan tanpa sebab.

Namun, jangan terlalu cepat membuat satu kesimpulan tentang sesuatu penyakit yang menimpa. Adalah lebih baik berusaha dulu dengan perubatan moden yang sedia-ada untuk mencari punca penyakit.

Ada di antara kita dalam kalangan masyarakat terlalu taksub dengan kepercayaan satu penyakit itu datangnya dek kerana sihir dan buatan orang, tanpa berbuat sesuatu dengan merujuk kepada bidang perubatan yang ilmunya juga datangnya dari Allah Taala.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)