,


Tuesday, April 30, 2013

Syaitan Bertopengkan Manusia

Assalamualaikum wbt..



wahai manusia...
dimana letaknya akal fikiranmu
di lututkah?
di kakimukah?
atau kau lahir sememangnya tidak punyai akal fikiran yang waras.?

Wahai manusia..
Tergamak kau menyiksa dia..
Tergamak kau sakiti dia..
sedangkan yang bersalah adalah dirimu..
Sedangkan yang berdosa adalah kamu

Wahai manusia 
sememangnya kamu tidak berhati
sanggup kau melempar dia sedangkan kau kesakitan melahirkannya
tapi...kesakitan yang kau rasa,tidak sesakit yang dia deritai..
derita kerana lahir kedunia dari rahimmu

tidak layak kau digelar manusia
seharusnya kau dilahirkan sebagai syaitan & iblis
nama yang layak untuk dirimu...

baca kisah selanjutnya di SINI 

Sebak rasanya bila singgah di blog beliau sebentar tadi..
Manusia jenis apakah yang tegar hatinya melakukan pekara demikian..
Moga ALLAH SWT memberikan hukuman yang setimpal dengannya..Aminn



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

6 amalan menyambut kelahiran bayi dalam Islam

Assalamualaikum wbt




1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. 

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. 

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.






              
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, April 26, 2013

Takzirah Jumaat : Islam Amat Memuliakan Wanita

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat dan salam sejahtera..


http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/10010_368804646567679_1827522860_n.jpg

Sayangilah ibumu.. :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, April 25, 2013

Usia Dah Meningkat....

Assalamualaikum wbt



Fahz mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur ke hadratNYA..Hari nie genap la usia Fahz 28 tahun.Selama 28 tahun fahz belajar merangkak,bertatih,berjalan dan akhirnya berlari menggunakan segala nikmat yang DIA berikan..Terima Kasih Ya Allah atas kesihatan,kesejahteraan yang engkau berikan.

Terima Kasih buat ibunda yang melahirkan fahz,memberikan sepenuh kasih sayang hingga fahz dapat mengecapi nikmat dunia ini.Jasamu akan fahz kenang hingga ke akhirnya..

Buat Ayahanda tersayang,terima kasih kerana sentiasa membantu bonda mendidik fahz hingga menjadi manusia yang boleh membezakan dosa dan pahala,benar dan salah.

Dan buat suami Tercinta..Terima Kasih sayang kerana sudi menerima diri ini seadanya.Terima Kasih kerana menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab..

opsss sedih la pulak..Hmm dah 28tahun fahz dimuka bumi ini.Semoga Allah swt akan terus memberikan Rahmat buat Fahz dan keluarga...Aminn.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, April 23, 2013

" Segmen : I LOVE YOU MOM "

Assalamualaikum wbt


Picit Banner comey tu yer =)

Segmen nie dianjurkan oleh adik Fathiah Saidi.
Korang diwajibkan buat SLOGAN buat Ibu korang yang tercinta.Jangan panjang panjang mcm karangan SPM.Cukup sekadar 50 patah perkataan katanye :)

" Mak Terima Kasih yang tak terhingga kerana melahirkan,menjaga,mendidik dan memberi kehidupan yang sempurna buat anak mak ni.Jasa mak yang tak ternilai itu tak mungkin dapat saya balas walau segunung emas saya sediakan..I love my mother till the end of my life."

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, April 20, 2013

Dosa-dosa Zina Yang Tidak Diketahui

Assalamualaikum wbt

Salam Sejahtera bloggers... :)

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551459_139467579569333_1045623842_n.jpg

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, April 19, 2013

Takzirah Jumaat : Lihatlah kekuasaan Allah SWT

Assalamualaikum wbt




Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH…
Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain…kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan….
Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut…
kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak…
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut…dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya…lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut…pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan…
sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya…lalu mereka semua berkata “KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!” kata tentera2 yg lain…pemuda tersebut berasa hairan…
lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin….
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA…
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T…

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud…
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh …
Subhanallah ! 




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, April 18, 2013

Sunday, April 14, 2013

Biar Gambar Menyampaikan Mesej :)

Assalamualaikum wbt

Walau siapa kita saat ini,walau dimana taraf kedudukan kita, walau setinggi mana pendidikan kita ..jangan la kita lupa pada "dia"...kerana "dia" kita lahir kedunia...




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, April 13, 2013

"Segmen: Jom bergegar dalam blog!"

Assalamualaikum wbt


Klik Banner utk sertai 

Jom bergegar bersama Blog Paly
Due date 16 April 2013
Selamat Bergegarrrrrr!!!


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, April 12, 2013

Takzirah Jumaat : Kenapa Dinamakan "JUMAAT"?

Assalamualaikum wbt


 (Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”)

Dinamakan JUMAAT kerana :

1. Menghimpunkan manusia untuk menunaikan solat.

2. Hari dihimpunkan manusia dan disempurnakan kejadiannya.

3. Hari manusia dihimpunkan dan dihitung amalan mereka.

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, April 11, 2013

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt


* Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain

* Tidak membaca Al-Quran

* Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid

* Tidak memberi salam dan berdoa ketika berada dikawasan perkuburan (islam)

* Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak bersolat Jumaat.

* Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar.

* Apabila bertemu 2 orang, tidak bertanya nama (bersikap sombong).

* Apabila dijemput kenduri , dia tidak hadir.

* Pemuda yang tidak mahu bekerja ,dan tidak mahu belajar.

* Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, April 10, 2013

Pohon yang Menaungi Rasulullah Saw Masih Hidup

Assalamualaikum wbt



http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c38.0.403.403/p403x403/66882_430251380394711_1878718888_n.jpg
POHON NABI
Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah.
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c0.0.843.403/p843x403/36535_396495600436956_799848151_n.jpg
Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.
Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”
Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, April 9, 2013

Kelebihan Wanita Yang Bergelar Isteri & Ibu

Assalamualaikum wbt



1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.
7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .
8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, April 8, 2013

7 Pekara Makruh Ketika Solat

Assalamualaikum wbt


http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/431557_391790870907429_1752788057_n.jpg

Semoga kita lebih berwaspada ketika mengerjakan solat.Selamat beribadah =)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, April 6, 2013

10 Surah Menjamin Kebahagiaan Di dunia & Akhirat

Assalamualaikum wbt




1-Al-Fatihah menghalang kemurkaan Allah SWT.
2-Yassin mencegah daripada dahaga di Akhirat.
3-Ad-Dhukhan mencegah daripada dugaan di Akhirat.
4-Al-Waqiah mencegah daripada kepapaan.
5-Al-Mulk mencegah daripada seksaan kubur.
6-Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan.
7-Al-Kafirun mencegah daripada kufur semasa meninggal dunia.
8-Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.
9-Al-Falaq mencegah daripada bersifat hasad dengki.
10-An-Nas mencegah daripada bersifat was-was.

Selamat Beramal :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, April 5, 2013

firasat tahi lalat

Assalamualaikum wbt

Pada orang tua-tua setiap yang ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya "hanya Allah swt yang tahu"


TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita

biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk

betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki

dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2

tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka

pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan - cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin

pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

ubun-ubun - kurang jujur

pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta

pelipis kiri - murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Jika ada persamaan itu hanya kebetulan.Jangan terlalu taksub dengan apa yang dinyatakan.Hanya untuk suka suka :)


jom komen di entry Fahz..TQVM :)