,


Wednesday, December 28, 2011

Nafsu Muka Buku (cinta muka buku islamic version)

                                       


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, December 26, 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata


Assalamualaikum..


Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau benar-benar telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika serbuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijerumuskan ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata..."




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, December 24, 2011

I go...

Assalamualaikum...Selamat tengah hari semua.Hari nie Fahz nak share 1 lagu kat korang. And nie adalah my 1st video. Lebih kurang mcm video la..just song n lyric. Actually Fahz buat utk someone yang suka sgt2 nyanyi lagu nie.Tak kira tengah mandi or drive even nak tidur.  Lagu nie jer yang dia dendangkan.Jom dengar sat (",)




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, December 21, 2011

Segmen | Jom Terjah and Follow

                                     
                          Klik Banner Utk Join             


Assalamualaikum ...Kali ni Fahz join lagi segmen yang dianjurkan oleh cik Eiqa.Syarat2 penyertaan sangatlah senang.Azam tahun 2012 Fahz biasa2 je.Nak kehidupan yang lebih baik dari tahun 2011.Perjalanan hidup sentiasa mendapat keberkatan dan berjaya dunia & akhirat.Semoga tahun depan lebih baik dari tahun2 yang telah Fahz lalui..


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, December 14, 2011

Blog berwajah baru

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi ini...Dan sekaligus berkesempatan untuk mengedit blog fahz kepada yang lebih sempurna..Semangat nak edit blog berkobar2 sejak akhir2 nie.Btw thanks kat lyssasecret kerana tutorial yang beliau sediakan senang2 belaka.Yang susah2 tu fahz tak try lagi la.Maybe bila ada time yang cukup free baru boleh selongkar habis semua tutorial tu..


So kepada blogger2 yang nak blog kamu lebih cantik dan sempurna klik kat nama beliau untuk terus terjah..wasalam (",)


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, December 13, 2011

Bila Mood Blogging Down~

                                              


Assalamualaikum...

Ntah kenapa sejak akhir2 nie mood blogging tak mcm mula2 dulu.Rasa malas yg terlampau nak update blog.Walhal banyak yang nak dikongsikan bersama..
Mungkin kerana badan pun tak berapa nak sihat dan selesa sekaligus membuatkan diri jadi malas.Dan otak seakan lembab nak memikir..

Apa pun fahz akan cuba untuk meng'update blog..Tak nak bagi bersawang lama..walaupun pengunjung semakin berkurangan.Tak pernah sekali mematahkan semangat nak berblogging..

Kepada kawan2 yang masih tak jemu2 berkunjung disini fahz ucapkan Terima kasih kepada kalian semua..Doakan fahz sihat2 selalu ya. :)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, December 8, 2011

Bila Ada yang UNFOLLOW ....

Assalamualaikum...


Malam nie tergerak hati nak bukak blog yang serba daif nie.Terkejut jugak bila tengok kat FOLLOWER ada yang kurang..Maybe ada yang dah UNFOLLOW blog aku..Siapalah gerangan si empunya tuan ya..


Hermm biasalah blog berunsur agama selalunya memang kurang pengemar.Mungkin lebih suka blog yang ada gosip2,kisah2 cinta actually.Aku keciwa??ohhhhh nooo...bukan kena denda pun kan kalau follower cabut lari.Apa pun itu hak masing2.Nak follow ke tidak,tak da masalah..Semoga happy blogging frenz (",)


              
hehhe pic sapa la yang aku ambik nie..nie tanda no ENTRY :)
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, December 6, 2011

Bila isteri menangis dihadapanmu....

Jika isteri menangis dihadapanmu….


“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan

menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2, 

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, 

jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. 

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 


Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
.
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. 
..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…



Betapa berHARGAnya dia..



sumber
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, December 1, 2011

Pakaian,Percakapan, cerminan peribadi



Assalamualaikum wbt...

UMAT Islam diperintahkan Allah dan Rasul-Nya sentiasa menjaga maruah diri, keluarga, jiran dan masyarakat seluruhnya daripada perbuatan bercanggah ajaran Islam yang suci serta perkara mengundang kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)
Gambaran masyarakat Islam hari ini sungguh membimbangkan dengan corak kehidupan yang sudah renggang dari nilai Islam sebenar seperti cara berpakaian, pergaulan serta percakapan yang tidak mencerminkan ciri Islam. Semakin hari semakin bertambah tenat dan ini memerlukan usaha terancang serta kesungguhan semua pihak untuk menyekat gejala tidak sihat dari terus berleluasa. Mereka perlu dibimbing supaya kembali kepada ajaran Islam yang menggalakkan kita berbuat kebaikan dalam kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baik kerana sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)

Maruah seseorang dapat dinilai dalam tiga aspek iaitu cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Jika elok ketiga-tiga ini, maka dikatakan kita ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah SWT.

Islam selalu menekankan soal berpakaian dan cara berpakaian turut digariskan supaya kelihatan sopan, tidak jarang menampakkan susuk badan, tidak menyerupai pakaian lelaki atau sebaliknya selain mengelak pakaian mempunyai simbol merujuk kepada agama lain.
Perkembangan fesyen tidak boleh dielak atau dinafikan tetapi umat Islam perlu bijak memilih fesyen yang sesuai mencerminkan keperibadian mereka sebagai Muslim yang mementingkan kebersihan, kemas dan menutup aurat.

Jika aurat didedahkan maka jatuh maruah seseorang itu, bukan satu kemegahan seperti tanggapan sesetengah orang.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengingati-Nya (dan bersyukur).” (Surah Al-‘Araf, ayat 26)

Selain itu, Islam menyuruh kita berbicara atau bertutur dengan sopan seimbang tuntutan syarak. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang menampilkan kata-kata baik, lemah-lembut dan sopan dalam berinteraksi.

Sesiapa mendengarnya pasti akan berasa senang dan sejuk hati. Perkataan dikeluarkan jauh daripada sia-sia malah penuh dengan manfaat seperti menyeru ke arah kebenaran yang diperintahkan Allah. Orang yang menjaga lidahnya akan diredai Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda.” (Surah An-Nisa’, ayat 114)

Seseorang yang tidak dapat mengendalikan lidahnya seperti suka membuat fitnah, berbohong serta mencela, mencerminkan kerosakan hatinya dikuasai luapan nafsu dan bisikan syaitan.

Dalam pergaulan sehari-hari kita perlu menjauhi hal boleh menyakiti hati orang lain. Membudayakan sikap dan tindakan yang boleh menyenangkan hati orang lain seharusnya menjadi amalan setiap Muslim.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, November 23, 2011

segmen | jom join BLOGLIST nurulauni tahun 2011



Assalamualaikum..Klik banner utk join :)
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, November 22, 2011

kecantikan...


assalamualaikum...
lama benar tak update blog..bersawang berhabuk merata..jenuh nak perah otak utk pikir bagaimana nak "membersihkannya"..lantaran terpanggil utk berkongsi tentang kecantikan pada semua blogger n readers..
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada kamu, sedangkan kamu merasakan tiada apa-apa istimewanya kamu. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundartetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika kamu merasakan kamu tidak begitu menarik.kamu tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan kamu. Ini termasuklah gaya jalan kamu, cara nada bertutur, pendirian serta sikap kamu terhadap sesuatu perkara.

Jika kamu belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma kamu belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri kamu.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu kamu adakah kamu yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa kamu,kamu sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan kamu tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya kamu belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan..
                                  
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, November 17, 2011

Renungan~ Gambaran Hari Kiamat

              


* Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

* Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

* Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

* Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

* Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

* Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

* Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam  kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

* Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

* Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

* Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

* Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


* Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

* Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

* Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

* ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

* Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

* Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

* Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

* Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

* Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

* Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

* Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

* Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

* Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

**Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

* Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

* Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

* Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

* Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad A
sumber

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, November 12, 2011

Arghhhh aku di Tag lagi ~

Assalamualaikum...


Hari nie nak tebus 2 hutang yang fahz delay..Dari Che nor & dayah.Meraka berdua telah meng"Tag fahz..sebenarnya fahz dah buat entry tag sebelom nie.so sekarang buat la lagi sekali dengan rela hati :) 



  1. You must post these rules
  2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. answer the question that tagger set for you in their post.And create  eleven new questions for the people you tagged to answer.
  4. you have to chose 11 people to tagged and link them on the post.
  5. go to their page and tell them you have tagged him/her
  6. no tag back !7.
  7. no stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
   11 PEKARA TENTANG DIRI FAHZ

* anak jati johor
* seorang yang simple dlm kehidupan.
* lebih rapat dengan abah dari mak :) abah u're my hero 
* anak ke4 dari 5 adik bradik
* blogger perempuan aka perempuan melayu tersopan :) sila jgn marah kawan2 
* sedikit degil.tapi lembut hati.
* saya tak suka dicabar.
* purple adalah my "peberet kaler".
* suka membaca..hatta kertas pembungkus nasi lemak yg ade tulisan :)
* tak suka tengok wayang .. tv kat rumah pun jarang2 tengok 
* suka berkawan.mudah mesra.tapi pemalu :)
 
So sekarang nak jawab soalan dari Che Nor:
 
* what do you know about me:
 - che nor seorang pelajar di UITM..nama sebenar Hazirah :)

* impian sebenar dalam hidup:
 - menjadi insan yg berguna utk dunia dan akhirat.

* dalam keluarga,siapa yg lebih rapat dengan anda:
 - kambeng abah,namanya pungut.hehe tak la abah insan paling rapat ngan fahz.

* a song that really meaningful to you:
 - Azura by Jamal..cuba ubah nama azura kepada an nurfahz best tak bunyinya :)

* Sweetest memory in your life:
 - semua manis2 belaka 

* laptop or tv.choose one.+ why:
 - of course lappy.fahz jarang tgk tv.tak suka menonton.

* Lagu nasyid yang paling anda suka:
 - Pergi tak kembali dari Rabbani..

* Benda paling berharga dalam hidup:
 - kad pengenalan diri ..kang sia2 kena tangkap ngan imigresen :)

* kalau sedih,apa yang akan anda buat:
 - nangis sambil tgk cermin .. masa tu baru tau betapa hudohnya bila fahz nangis.ngeee~

* 5 thing yang melabelkan diri anda:
 - ambik jawapan yg kat atas tu boleh tak :)

* what do you think about my blog:
 - belog yang menarik,entrynya santai2 n colourful :)

And sekarang nak jawab soalan dari dayah:
 
* korang suka blog aku tak:
 - semua belog fahz suka :)

* korang rasa blog korang dah sempurna belum?:
 - masih banyak kekurangan.

* korang suka makan apa:
 - suka makan masakan mak :)

* kalau korang ada bf/gf,korang "kapel" dgn dia sbb apa:
 - ntah ek..maybe perjalanan hidup sudah ditentukan mcm tu.

* korang ada musuh?dia buat apa sampai korang benci dia?
 - tak ada musuh,dan tak nak cari musuh. nak cari kawan..mak kata berkawan biar berjuta 

* korang paling minat baca apa?:
 - baca buku tentang kisah2 Nabi

* korang suka subjek apa:
 - semua subjek yang fahz pilih masa school dulu :)

* Apa cita2 korang bila besar nanti:
 - dan besar pun.hehehe cita2 nak bahagiakan mak n abah.

* korang seronok ke sekolah/kerja sekarang nie:
 - dua2 seronok.sebab pengalaman lain2 cerita :)

* korang ada perasaan dgn kawan korang sendiri tak:
 - tak pernah.

* korang suka dipermainkan?kenapa?:
 - erkk..tak de sape suka dipermainkan dlm hidup..Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

yess akhirnya selesai sudah menjawab semua soklan yg diberi.mcm ambik paper exam pulak ye...so sekarang fahz pulak kena beri soalan..

* tarikh lahir bila?
* dah berpunya ke belum?
* pernah kena saman?sebab?
* ciri2 pasangan yang kamu inginkan
* tujuan kamu buat blog
* impian kamu yang belum tercapai
* siapa lebih penting?kawan atau lover?
* tentang kamu yg org lain tak tau?
* masih study or kerja?
* sehari berapa kali kamu makan?
* masa jawab soklan nie dah solat ke belum?

fahz nak tag 11 blogger yang fahz pilih secara rawak.siapa yang kena tu jgn marah ye.nie hanya suka2.nak buat boleh,tak buat pun tak pe.fahz hanya melengkapkan peraturan :)



       
   


 
 



 


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

7 KALIMAH


                                      

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
   

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

jom komen di entry Fahz..TQVM :)