,


Monday, June 25, 2012

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

Assalamualaikum wbt

Petua mendidik anak :

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?

2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

Hendak dapatkan hormat dari anak – anak, anda cuma perlu menjalankan tugas anda sebagai ibu bapa iaitu mendidik,membimbing, melindungi dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Proses ini mungkin mengambil masa yang lama. Namun, jika anda tidak bermula, sampai bila – bila anak anda akan bersikap kurang ajar.
Sebagai ibu bapa, pasti anda ada cara tersendiri untuk mengajar mereka  bersikap hormat pada orang lain. Cuma nasihat saya adalah jangan menganggap proses mendidik anak adalah beban yang sukar tetapi adalah tanggungjawab. 


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, June 21, 2012

" 1st Giveaway .::Memori Terindah::.by haryatifaizal "

Assalamualaikum wbt

klik banner ya :)

Thanks to Haryati Faizal kerana sudi menjemput fahz menyertai GA yang beliau anjurkan.Syarat2nya sangat la senang.So fahz pun tak tolak jemputan nie.Jom sertai sama.Moga2 persahabatan kita dlm blogging semakin akrab.Due date 30 june 2012. 

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

1 Syaaban 1433H

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


21 jun 2012 bersamaan dengan 1 Syaaban 1433H.Syaaban bererti berselerak atau pecahan yang banyak. Dimana pada zaman Arab sebelum Islam, mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung dirumah ketika bulan Rejab.
Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan. Ia adalah bulan yang kelapan dalam kalender Hijriah. Sebahagian ulama' menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan kepada umat Islam pada bulan Syaaban adalah: 

1.Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Sebagai umat Baginda Rasulullah, kita perlulah mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi mengimarohkan dan mengagungkan bulan Syaaban ini. 

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

2.Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 

3. Bertaubat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, June 10, 2012

' Wahai Isteri ..

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami. 

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami. 

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan `peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw: "Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." 

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan 


Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami. 

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. 

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami. 

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti `kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya. 

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. 

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan." 

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. 

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: 

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." 

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. 


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, June 2, 2012

' Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati '

Assalamualaikum wbt

Klik SINI

Bersegmen lagi.And segmen nie dianjurkan oleh adik Izzati.Untuk sertai sila klik nama beliau atau ayat dibawah banner.Due date 16 june 2012.
Fahz tag semua yang bertandang kesini.

Dikesempatan ini Fahz nak minta maaf pada blogger2 yang berkunjung ke sini melalui segmen 'Tingkatkan visitor dan Follower '.Fahz akan membalas kunjungan kamu semua.

SELAMAT BERSEGMEN BLOGGER



jom komen di entry Fahz..TQVM :)