,


Friday, November 29, 2013

Takzirah Jumaat : Hukum Berselawat

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
  1. Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
  2. Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
  3. Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.
Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaiminrahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah selawat itu wajib apabila ada sebabnya, tetapi hukum secara amnya adalah sunat.
LAFAZ SELAWAT KE ATAS NABI
Adapun bagaimana kita hendak berselawat ke atas Nabi, apakah lafaz selawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, hal ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Rasulullah dan dia berkata,
“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain dengan sedikit perbezaan lafaz pada “wa baarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.
Ini adalah lafaz selawat ke atas Nabi yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna daripada itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti mana yang kita baca di dalam tahiyat sebelum salam. Lafaz itu bukan khas di dalam solat sahaja. Di dalam solat, itu yang wajib kita baca.
Itu yang dinyatakan di awal tadi; selawat menjadi wajib apabila ada sebabnya seperti mana ketika di dalam solat. Maka kita wajib membacanya seperti itu kerana itu yang diajar untuk dibaca ketika di dalam solat secara khasnya.
Maka ketika di dalam solat, kita wajib mengikut lafaz yang diajar, kita tidak boleh mereka-reka lafaz selawat yang lain. Apabila di dalam solat kita telah diajar lafaz selawat yang tertentu dan yang khas maka itu yang perlu dibaca. Dan itulah lafaz yang paling sempurna dan yang paling tinggi pahalanya.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, November 14, 2013

Pujian Terakhir Dari Abah....

Assalamualaikum wbt...




Bila kali terakhir abah or ayah or papa kamu memuji kamu..? Tak kira la pujian itu atas sebab apa..
Jika kamu masih lagi mempunyai abah or ayah or papa , hargailah setiap pujian yang dia berikan kepada kamu..kerana jika itu adalah pujian TERAKHIR darinya Fahz percaya kamu ingin sekali mendengar dia mengucapkannya berkali-kali...

Dah 14 hari Abah " pergi " meninggalkan kami semua..Pergi yang takkan kembali. Pastinya saat saat bersama arwah abah kami rindui. Adakalanya Fahz bagai tak percaya yang sekelip mata saja abah dah pergi menemui Illahi.. Abah tak pernah menunjukkan sakit yang kronik di depan kami semua.. Cuma 5 hari yang terakhir abah didunia , abah banyak baring , tak lalu makan , badan abah mula lemah untuk berjalan..

Waktu itu abah banyak meninggalkan "pesan".. Pesanan yang selalu abah beri pada kami anak anaknya dan juga Emak.. Pesan abah " jangan tinggal solat " , " jaga mak , teman mak , nanti mak bosan sorang sorang ".. Dan pujian terakhir abah buat fahz bila abah minta buatkan air kopi untuknya.. Fahz yang baru sampai dari Nilai dengan suami pujuk abah agar ke hospital untuk buat medical checkup.. Sebelum2 nie abah memang seorang yang amat amat payah untuk pergi hospital.. Puas sudah adik beradik pujuk , tetap juga berkeras..

Bila Fahz sampai rumah abah 31hb malam , fahz cuba pula pujuk abah.. " abah,esok kita pi hospital ye,tapi bukan kat muar , kita pi hospital NCI di Nilai".. pantas abah kata "nak2".. kalau hari tak jauh malam dah pastinya fahz bergegas bawa abah ke nilai malam tu jugak.. Bila semua adik beradik dah balik rumah sendiri lewat 1 pagi pd 1hb fahz bantu mak urut2 badan abah , kepala abah semua anggota badan abah yang dipinta.. Kopi yang fahz buat sampai 2 cawan abah minum.. sambil minum abah kata " sedapnya kopi yang ann buat nie.." Ann, panggilan untuk fahz dari famili dan juga semua kawan kawan yang mengenali fahz kecuali dunia blogger.. berkali-kali abah memuji dan mengulangi ayatnya yang sama..

Jam 2.30 pagi fahz minta diri kat mak nak tengok baby dalam bilik.. Sambil  tidurkan baby , fahz pun sama terlelap.. cuma fahz tersedar jam 2.40 pagi bila mak ketuk pintu bilik sambil panggil fahz keluar untuk tengok abah.. Nada suara mak amat cemas.. Fahz berlari keluar.. Fahz pandang abah.. Abah dah pejam mata. Tanpa sahutan bila dipanggil dan digerak , dan... tanpa nadi.. Fahz tak duga yang abah dah pergi.. Fahz pujuk hati agar anggap abah cuma pengsan..Tapi fahz tetap ajar abah mengucap.. Berkali kali fahz ajar abah mengucap.. Fahz bisikkan kalimah syahadah ditelinga abah.. Mak pangku abah , mak peluk abah erat.. Fahz lupa tentang suami dan adik bongsu fahz yg masih terlena . Bila mak pinta fahz kejutkan mereka baru fahz tersedar.. Adik fahz berlari mendapatkan abah.. Dia pangku abah , dia peluk abah , cium abah... Masa tu fahz mula sebak.. Tak terasa lantai yang dipijak.. Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan kami waktu itu..

Bila Abah dah tak ada , baru semua perbualan dengannya teringat kembali.. Abah pernah kata pada fahz " abah dah dapat petanda 100 hari abah "..fahz ingat abah melawak.. Abah kata masuk je bulan 11 abah nak rehat sepuasnya.. 1hb 11 2013 hari Jumaat jam 2.45pagi abah telah pergi buat selama-lamanya.. Allah dengar doa abah.. Abah doa supaya dia dapat meninggal pada hari jumaat.. Selalu abah ucapkan ayat itu.. Abah meninggal di sisi mak , sambil mak peluk abah tengah baring..



Al-Fatihah buat Abah.. Semoga abah tenang disana.. 






jom komen di entry Fahz..TQVM :)