,


Thursday, December 26, 2013

Sunah-sunah Nabi SAW sebelum , ketika dan selepas tidur

Assalamualaikum wbt...






1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, December 6, 2013

Ujian dari ALLAH SWT...

Assalamualaikum wbt




Alhamdulillah Cuaca agak cerah sikit kat tempat fahz nie..Semalam ALLAH menurunkan Rahmatnya di lewat petang.Kadang kala apa yang dah ditetapkan itu ada hikmah dan tujuannya..
Allah menurunkan hujan dan terjadinya banjir adalah untuk menyucikan diri dan melihat sejauh mana umatnya yang dikasihi menempuh segala ujian dan cabaran yang diberiNYA..


Janganlah kita mengeluh,merungut dan mencaci bila terjadinya musibah..Allah tidak akan menguji umatnya dengan sia-sia..Ada tujuannnya..mungkin Allah inginkan umatnya berdoa kepadanya andai hamba-hambanya tidak pernah sekali menadah tangan padaNYA..


Fikirkanlah,sebagai manusia kita banyak merosak dari membaiki..Bumi ini milik DIA..Kita yang salah..Sesuka hati kita merosakkan apa yang telah di anugerahkan..


Mari sama-sama kita doakan untuk saudara kita yang sedang ditimpa musibah..khususnya di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor.. Allah Maha Pengampun dan Maha Mendengar..









jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, November 29, 2013

Takzirah Jumaat : Hukum Berselawat

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
  1. Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
  2. Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
  3. Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.
Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaiminrahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah selawat itu wajib apabila ada sebabnya, tetapi hukum secara amnya adalah sunat.
LAFAZ SELAWAT KE ATAS NABI
Adapun bagaimana kita hendak berselawat ke atas Nabi, apakah lafaz selawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, hal ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Rasulullah dan dia berkata,
“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain dengan sedikit perbezaan lafaz pada “wa baarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.
Ini adalah lafaz selawat ke atas Nabi yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna daripada itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti mana yang kita baca di dalam tahiyat sebelum salam. Lafaz itu bukan khas di dalam solat sahaja. Di dalam solat, itu yang wajib kita baca.
Itu yang dinyatakan di awal tadi; selawat menjadi wajib apabila ada sebabnya seperti mana ketika di dalam solat. Maka kita wajib membacanya seperti itu kerana itu yang diajar untuk dibaca ketika di dalam solat secara khasnya.
Maka ketika di dalam solat, kita wajib mengikut lafaz yang diajar, kita tidak boleh mereka-reka lafaz selawat yang lain. Apabila di dalam solat kita telah diajar lafaz selawat yang tertentu dan yang khas maka itu yang perlu dibaca. Dan itulah lafaz yang paling sempurna dan yang paling tinggi pahalanya.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, November 14, 2013

Pujian Terakhir Dari Abah....

Assalamualaikum wbt...




Bila kali terakhir abah or ayah or papa kamu memuji kamu..? Tak kira la pujian itu atas sebab apa..
Jika kamu masih lagi mempunyai abah or ayah or papa , hargailah setiap pujian yang dia berikan kepada kamu..kerana jika itu adalah pujian TERAKHIR darinya Fahz percaya kamu ingin sekali mendengar dia mengucapkannya berkali-kali...

Dah 14 hari Abah " pergi " meninggalkan kami semua..Pergi yang takkan kembali. Pastinya saat saat bersama arwah abah kami rindui. Adakalanya Fahz bagai tak percaya yang sekelip mata saja abah dah pergi menemui Illahi.. Abah tak pernah menunjukkan sakit yang kronik di depan kami semua.. Cuma 5 hari yang terakhir abah didunia , abah banyak baring , tak lalu makan , badan abah mula lemah untuk berjalan..

Waktu itu abah banyak meninggalkan "pesan".. Pesanan yang selalu abah beri pada kami anak anaknya dan juga Emak.. Pesan abah " jangan tinggal solat " , " jaga mak , teman mak , nanti mak bosan sorang sorang ".. Dan pujian terakhir abah buat fahz bila abah minta buatkan air kopi untuknya.. Fahz yang baru sampai dari Nilai dengan suami pujuk abah agar ke hospital untuk buat medical checkup.. Sebelum2 nie abah memang seorang yang amat amat payah untuk pergi hospital.. Puas sudah adik beradik pujuk , tetap juga berkeras..

Bila Fahz sampai rumah abah 31hb malam , fahz cuba pula pujuk abah.. " abah,esok kita pi hospital ye,tapi bukan kat muar , kita pi hospital NCI di Nilai".. pantas abah kata "nak2".. kalau hari tak jauh malam dah pastinya fahz bergegas bawa abah ke nilai malam tu jugak.. Bila semua adik beradik dah balik rumah sendiri lewat 1 pagi pd 1hb fahz bantu mak urut2 badan abah , kepala abah semua anggota badan abah yang dipinta.. Kopi yang fahz buat sampai 2 cawan abah minum.. sambil minum abah kata " sedapnya kopi yang ann buat nie.." Ann, panggilan untuk fahz dari famili dan juga semua kawan kawan yang mengenali fahz kecuali dunia blogger.. berkali-kali abah memuji dan mengulangi ayatnya yang sama..

Jam 2.30 pagi fahz minta diri kat mak nak tengok baby dalam bilik.. Sambil  tidurkan baby , fahz pun sama terlelap.. cuma fahz tersedar jam 2.40 pagi bila mak ketuk pintu bilik sambil panggil fahz keluar untuk tengok abah.. Nada suara mak amat cemas.. Fahz berlari keluar.. Fahz pandang abah.. Abah dah pejam mata. Tanpa sahutan bila dipanggil dan digerak , dan... tanpa nadi.. Fahz tak duga yang abah dah pergi.. Fahz pujuk hati agar anggap abah cuma pengsan..Tapi fahz tetap ajar abah mengucap.. Berkali kali fahz ajar abah mengucap.. Fahz bisikkan kalimah syahadah ditelinga abah.. Mak pangku abah , mak peluk abah erat.. Fahz lupa tentang suami dan adik bongsu fahz yg masih terlena . Bila mak pinta fahz kejutkan mereka baru fahz tersedar.. Adik fahz berlari mendapatkan abah.. Dia pangku abah , dia peluk abah , cium abah... Masa tu fahz mula sebak.. Tak terasa lantai yang dipijak.. Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan kami waktu itu..

Bila Abah dah tak ada , baru semua perbualan dengannya teringat kembali.. Abah pernah kata pada fahz " abah dah dapat petanda 100 hari abah "..fahz ingat abah melawak.. Abah kata masuk je bulan 11 abah nak rehat sepuasnya.. 1hb 11 2013 hari Jumaat jam 2.45pagi abah telah pergi buat selama-lamanya.. Allah dengar doa abah.. Abah doa supaya dia dapat meninggal pada hari jumaat.. Selalu abah ucapkan ayat itu.. Abah meninggal di sisi mak , sambil mak peluk abah tengah baring..



Al-Fatihah buat Abah.. Semoga abah tenang disana.. 






jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, October 14, 2013

Salam AidilAdha 2013 / 10 Zulhijjah 1434

Assalamualaikum wbt...




Raya AidilAdha ataupun dipanggil Raya Qurban atau Raya Haji diraikan pada hari ke 10,11,12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal.

 Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah AllahSWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Dikesempatan ini Fahz sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam diMalaysia dan dimana jua anda berada..

** 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, October 11, 2013

Takzirah Jumaat : 5 Situasi yang membuat anda bersyukur dan tersenyum

Assalamualaikum wbt..



1-Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga..

2-Senyumlah apabila anda pergi bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan…

3-Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan…

4-Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita-cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh.

5-Senyumlah dengan apa yang anda miliki kerana berapa ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti anda.


Photo: Alhamdulillah...mari amalkan doa ini.. =)


LIKE_---------> SNE Capsule Ajaib <3




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, September 21, 2013

5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA

Assalamualaikum wbt..





Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam

sumber

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, September 8, 2013

Beruntungnya Jadi Suami...

Assalamualaikum wbt..





Beruntungnya jadi suamikan..

-Tengok isteri dengan rasa kasih, dapat pahala..

-Senyum kat isteri dapat pahala..

-Cakap lembut-lembut dengan isteri dapat pahala..

-Belai rambut isteri dapat pahala..

-Peluk isteri dapat pahala..

-Cium isteri dapat pahala..

-Bergurau dengan isteri dapat pahala..

-Bermanja dengan isteri dapat pahala..

-Puji isteri dapat pahala..

- Bersama dengan isteri dapat pahala..


Senang sangat nak buat pahala.
Syaitan pun menangis sebab gagal nak buat kita suami isteri bergaduh sampai terlintas dalam hati nak bercerai berai ..

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, September 6, 2013

Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum & Selepas

Assalamualaikum wbt..



Salam Jumaat buat semua umat Islam ...Mulakan hari yang berkat ini dengan zikir dan selawat..

Dalam mencari pasangan,dan melayari bahtera rumahtangga banyak aspek yang perlu kita kaji dan sedari..Hidup berpasangan menjadi keperluan fitrah bagi setiap makhluk ciptaanNYA..Alam Perkahwinan bukan untuk sehari dua.Semua pasangan inginkan kebahagiaan berpanjangan.Moga apa yang Fahz kongsikan disini dapat memberi ilmu berumahtangga buat kawan-kawan semua termasuk diri ini..  :)


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.



5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.



8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran. 7.Kesabaran.





sumber
jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, September 2, 2013

Kelakuan & Cara Menangani Anak Terlebih Manja

Assalamualaikum wbt


Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.


1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


Apa yang harus dilakukan?




*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.




In Shaa Allah....



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, August 19, 2013

Mohon Doa Buat Saudara-Saudara Kita...

Assalamualaikum wbt



Maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan apa yg dikehendakiNYA..

Dunia semakin hampir dengan pengakhirannya.Tapi ramai yang tak buka mata dan minda.Masih ramai yang alpa, sibuk mengejar hiburan duniawi.Contoh dan tanda terang2 didepan mata.Masih buat2 tak nampak dan buta.Siapa yg telah sedar perbanyakkan amalan.Moga diri kita sentiasa dlm peliharaanNYA..

Doakan juga buat saudara-saudara kita yang tertindas..Mohon perlindungan dari ALLAH buat umat-umat Islam di seluruh dunia..Amenn In Shaa Allah..

Luangkan sedikit masa untuk baca entry di blog INI..walaupun ianya mungkin hanya andaian tapi ada betulnya..


DOA QUNUT NAZILAH DAN TERJEMAHAN"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka&#8230;"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, August 5, 2013

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Assalamualaikum wbt




Salam sejahtera Fahz ucapkan buat warga Malaysia also untuk blogger2.

Dikesempatan ini Fahz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Juga Fahz menyusun jari memohon Ampun & Maaf andai sepanjang Fahz berblog nie ada terkasar bahasa dalam komen-komen rakan , dalam entry atau sebagainya..

Raikan Aidilfirti yang bakal menjelang dengan penuh kemaafan dan keceriaan..Kepada sesiapa yang akan memandu pulang kekampung , hati-hatilah di jalanraya.Pastikan kenderaan anda sudah diselenggara dan dalam keadaan baik  :)





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, July 31, 2013

Lailatul Qadar...

Assalamualaikum wbt..



'Lailatul Qadar (Bahasa Arabلیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandangan jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27.
 Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, July 26, 2013

Peristiwa Nuzul Al- Quran

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat buat warga Malaysia..



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”



jom komen di entry Fahz..TQVM :)