,


Monday, August 27, 2012

" Hanif Idrus Segmen Menerjah "

Assalamualaikum


hanifidrus

Due date 30 September 2012
Peserta segmen wajib follow geng2 bloggers yang turut sertai segmen nie ( kata Penganjung ).
Selamat Bersegmen! :)

Fahz tak tau nak tag siapa...so Fahz nak tag SEMUA BLOGGER yang singgah blog Fahz nie. 

Awak...ooo awak..ye awak la.nak join??klik SINI ea..





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, August 24, 2012

" Segment HeartBook: #2 "

Assalamualaikum


Segmen nie dianjurkan oleh Heartbook.Peserta segmen harus menceritakan " Apa pekara yang paling best bila tibanya hari raya.." Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa.Jadi haruslah disambut dengan meriahnya.Hari raya tak sama dengan hari-hari yang lain.Sebab waktu inilah kita akan bersatu dengan famili,jiran-jiran,sanak saudara dari dekat dah jauh.Kita dapat bermaaf-maafan sesama muslim.Dan pada hari raya jugak kita dapat menikmati juadah yang enak dan biskut-biskut beraneka menghiasi meja disetiap rumah.Bagi kanak-kanak pula hari raya adalah hari mengumpul duit.Jadi jom sedekahkan sedikit duit yang ada kepada kanak-kanak yang datang beraya ke rumah kita!Hehehe.sekian karangan dari Fahz. :)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Saturday, August 18, 2012

Pergimu Ditangisi...

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Thursday, August 16, 2012

Ucapan Hari Raya dari Fahz

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadhan.Bulan yang penuh kemuliaan.Bulan yang membawa sejuta kebaikan dan pengertian dalam diri kita.Insya'Allah kita akan menerima kehadiran Syawal pada 19hb ini pula.Dan dikesempatan yang ada ini ingin Fahz mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua blogger diseluruh dunia.Maaf andai ada entry2 yang Fahz publishkan menguris hati dan perasaan kamu2 semua.Semoga lebaran yang bakal menjelang ini memberikan kegembiraan kepada kita.Insya'Allah..

Kepada mereka yang ingin pulang berhari raya dikampung tu, pastikan kenderaan yang kamu naiki dalam keadaan selamat.Pandulah dengan berhati-hati.Elakkan tragedi (wahh dah mcm iklan kt highway plus pulak ek).Biar lambat sampai ,asalkan selamat..

Ramadhan..Hadirmu dinanti.Pergimu ditangisi...



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Wednesday, August 15, 2012

" Kempen Berpakaian Sopan Ditempat Awam "

Assalamualaikum
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ada yang sentap?Opsss maafkan Fahz.Kebetulan masa BW sat nie Fahz terlihat 1 kempen yang buat Fahz tertarik sekali.Tertarik dengan tajuk dan usaha si empunya idea! Serius , jarang-jarang sekali kita nak lihat entry sebegini. Siap anjurkan kempen.Bagus adik Azrull nie.

Seperti yang sering kita lihat sekarang,remaja islam dan remaja kafir tiada perbezaan dari segi pemakaian.sorry to say.Kadang-kadang tertanya dalam hati bila melihat anak-anak remaja berpakaian tak senonoh.Islam ke bukan ek?Nak teka takut tersalah.Berdosa jadinya.

Apa salahnya jika kita menutup aurat.Lebih ayu dan sopan.Sesedap mata memandang.So Insya'Allah diri kita terhindar dari panahan mata syaitan.Biar orang kata kita kolot.Biar orang kata kita tak "up to date".Asalkan tubuh kita terpelihara dari dipertontonkan.

( Kempen ini En Azrull buat utk 1 dunia tak kira kamu agama apa.Tapi Fahz lebihkan kpd "saudara" fahz sendiri..maaf kalau terpesong wahai tuan empunya kempen )



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, August 13, 2012

Subhannallah Masjid di atas gunung


Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Masjid yang diatas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as). Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran. Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yg lain.
















jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Sunday, August 12, 2012

Petua Imam Ghazali Mencari malam Lailatul Qadar.

Assalamualaikum
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan Nabi Muhammad saw adalah malam Lailatul Qadar berlaku pada 1 malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama utk mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramdhan
  • Isnin , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
  • Selasa atau Jumaat , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
  • Khamis , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
  • Sabtu , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Tanda malam Qadar ialah :

Malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas.
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sayudan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, August 10, 2012

Iklan raya 2012 yang paling sedih...

Assalamualaikum
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Hikmah Makanan Dlm Islam

Assalamualaikum
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Petua Makanan :
Roti (Khubz): Roti yg paling bagus ialah diperbuat dari gandum yang baik dimasak dlm pembakar roti yg bulat.Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus selepas memakannya.

Jintan Manis (anisun): Jintan Manis banyak khasiatnya.Ianya melegakan kesakitan dlm badan,melancarkan perjalanan haid,membanyakkan susu,mengeluarkan gas dlm usus.Ianya boleh juga digunakan dlm bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah): Epal yang masam lebih sejuk daripada yg manis.Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn): Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz): Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir): Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.Rasullullah saw pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

Selasih (manis rayhan): Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah): Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan.Baik utk menghilangkan sembelit.Mentega yang dicampur dengan madu dan kurma sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada wanita hamil.

Chamomile (babunaj) : Kegunaan Chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing.Ianya sangat berguna utk memanaskan badan.

Lobak merah: Kegunaannya memanaskan badan.Juga melancarkan aliran haid dan kencing.

Biji Kopi (qahwah): Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah.Menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji Hitam ( habb al sauda): Dilaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".Adalah dilaporkan juga bahawa Allah swt menunjukkan bahawa "ia" itu ialah  Habb al sauda menghapuskan angin dlm usus dan demam.Baik utk merawat "leukoderma" dan membuka saluran urat yg halus.Berguna menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj): Memudahkan penghadaman.Membetulkan imbangan badan,baik utk otak dan badan.Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yg tidak bertelur.

Kulit Kayu Manis (darchini): Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan.Minyaknya sebagai penawar utk menghapuskan rasa tidak hadam.Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dlm resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
 pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.



Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.



Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)