,


Tuesday, January 8, 2013

" Makanan Janin semasa Ibu Hamil "

Assalamualaikum wbt



Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu
 akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap 
darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu 
selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat pembuahan, sangatlah penting bagi ibu untuk 
memperhatikan makanan yang dikonsumsinya. Sekaitan dengan makanan haram, 
diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya
 adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah minyak zaitun.


1. Minyak zaitun




Ibu hamil sebaiknya mengonsumsi minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

[ Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang dibekahi iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah ].


2. Delima



a. Sangat dianjurkan untuk dikonsumsi sebelum sarapan pada hari Jumaat.

b. Menjadikan anak baik ( berbudi luhur ).

c. Sangat baik untuk mengatasi mual, anemia, sakit kuning, sakit persendian, tekanan darah tidak normal, dan wasir.

d. Siapa saja yang mengonsumsi satu biji buah delima, maka hatinya akan dipenuhi cahaya dan syaitan tidak akan membisikinya selama 40 hari.


3. Kurma





a. Berdasarkan riwayat, makanan dan ubat terbaik bagi ibu hamil adalah buah kurma.

b. Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw, "Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar."

c. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, " Bagi ibu hamil, terutama saat melahirkan, makanan terbaik adalah kurma. Kerana, Allah SWT telah bersumpah dengan keagungan dan kemuliaannya (kurma). Jika seorang wanita mengonsumsi rotub (salah satu jenis kurma segar) pada masa itu, maka anaknya - samada lelaki ataupun perempuan - akan menjadi seorang yang penyabar."



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Monday, January 7, 2013

"GREEN APRICOT FOLLOW & MENANG"


Assalamualaikum wbt



Untuk sertai klik la banner biru tu ye.Ada 3 banner yg disediakan.Due date utk segmen ni pada 13 Jan 2013.Masih sempat utk sesiapa yang ingin turut sertainya.Selamat Bersegmen =)



jom komen di entry Fahz..TQVM :)