,


Saturday, October 29, 2011

Ruangan Agama: Jawapan ALLAH Selepas Setiap Ayat Al-Fatihah

As salam...

Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Aku telah membagi shalat itu dua bahagian antara Aku dan hambaKu, dan Aku telah memberi hambaKu apa saja yang dimintanya. Maka apabila seseorang hamba itu mengucap: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), berkata Tuhan: HambaKu telah mensyukuriKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Ar-Rahmaanir-Rahiim (Maha Pengasih Maha Penyayang), berkata Tuhan: HambaKu memujiKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat), berkata Tuhan: HambaKu telah mengagungkanKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami minta pertolongan), berkata Tuhan: Yang ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan Aku tetap memberi hambaKu apa yang dimintanya. Dan apabila hamba itu mengucap : Ihdinash-Shiraathal Mustaqiim... hingga ke akhir (surah Al-Fatihah), berkata Tuhan: Yang ini untuk hambaKu, dan Aku tetap memberi apa yang dimintanya.

(Riwayat Ahmad dan Muslim)*

*Hadis ini diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Termidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majjah.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Friday, October 28, 2011

Jika Kamu Mencintai Seseorang...


jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum,

jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu,

jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan,

jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih,

tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!!

Moga ditemukan dengan CINTA itu......
Hiasilah cinta itu bersama " kerana Allah"

jom komen di entry Fahz..TQVM :)