,


Tuesday, July 5, 2011

Kisah benar di sebalik Exorcism of Emily Rose



Anneliese, seorang wanita katolik yang dikatakan dirasuk oleh 6 atau lebih roh jahat (demons) dan seterusnya menjalani proses exorcism bagi mengeluarkan roh2 tersebut dr badannya.2 buah filem telah diterbitkan berdasarkan kisah benar tersebut iaitu ‘Exorcism O f EmilyRose’ dan ‘Requiem’.

anneliese mengalami masalah kesihatan yg didefinasikan doktor sebagai beberapa gangguan mental sejak umurnya 16 sehinggalah akhir hayatnya,pada usia 23 tahun yg dikatakan doktor sebagai kesan lansung atau tidak lansung berpunca dari proses exorcism itu.2 org paderi yg bertanggungjawab menjalankan proses itu dan ibubapa Anneliese telah didakwa di mahkamah atas sebab kecuaian dan menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Gereja Katolik yg membenarkan proses exorcism itu telah mengubah pendirian mereka dan menyatakan bahawa Anneliese mempunyai masalah mental.Ramai org percaya yg dia telah dirasuk dan sehingga kini kuburnya menjadi destinasi lawatan dan pemujaan.

PELBAGAI FAKTA MENARIK MENGENAI KES ANNELIESE MICHEL
 
-Dikatakan dirasuk oleh enam roh jahat yg dikenali sebagai roh2 yg telah merasuk Judas Iscariot, Nero,Cain, Adolf hitler dan Valentin fleischmann (seorang paderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagai Lucifer(dikatakan sebagai syaitan).

-Anneliese mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah dr roh2 jahat tersebut pada tarikh ini.

-Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yg pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan (Mahkamah) . Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.

-2 orang paderi serta ibu bapa Anneliese di jatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan 3 tahun tempoh percubaan, satu hukuman yg ringan.

-Sblm perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dr daerah selatan Bavaria yg menyatakan dia telah mendapat visi yg menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan.

Setelah 2 tahun ditanam, pada 25 feb 1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi2 tersebut tidak dibenarkan melihat mayat tersebut. Mayat tersebut dipindahkan kedalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab2 yg tidak dijelaskan.


jom komen di entry Fahz..TQVM :)

3 comments:

  1. peh.. giler ah ding dong citer ni...

    ReplyDelete
  2. eh.mcm ku kenal perkataan ' giler ah ding dong'.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Tiba-tiba minat pulak nak tahu lebih mendalam tentang Emily Rose :) apa-apa pun terima kasih dengan informasi ni :)

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)