,


Thursday, September 6, 2012

Kebaikan & Keburukan Memotong Kuku

Assalamualaikum wbt

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


Aturan potong kuku:





jom komen di entry Fahz..TQVM :)

10 comments:

  1. senang sja xssh pn. tapi msih rmai yg xambil berat

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing..sama-samalah kita amalkan..

    ReplyDelete
  3. jadi mase sesuai untuk potong kuku jadi isnin kamis jumaat... esok jumaat, jadi sesuai lah untuk potong

    ReplyDelete
  4. kita suka potong kuku bila hari Jumaat tiba..tapi kalau dah panjang,terpaksa potong jugak..nak tunggu hari Jumaat, xselesa plak kalau kuku panjang..huhu

    ReplyDelete
  5. jom potong kuku tangan hari ni dapat berkat khamis dan potong kuku kaki esok dapat berkat jumaat. manfaatkan segalanya.. hehe. :)

    ReplyDelete
  6. memotong kuku itu perbuatan yg baik dan hukumnya juga sunah
    sunah jika dikerjakan dapat pahala.
    tapi jika tdk dipotong dan dipelahara itu jelek, bahkan bisa jadi penyakit
    postingan yg bagus
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. salam kenal..
    semua yang kita lakukan dalam kehidupan, ada peraturannya..
    dari kita bangun tidur sehinggalah kita nak tidur malam.
    memang mengagumkan..=)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah yati amalkan dah apa yang fahz citer dlm entry ni...

    ReplyDelete
  9. done hb=)

    haa ini cara yg betol,lau tak main potong aje kan..tenq

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)