,


Friday, October 5, 2012

Pekara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt



1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca
serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal 
soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya
ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah
s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang 
kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).


2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita 
disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak
dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling 
baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk
menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat
seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar
sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan 
menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara
Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-
Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat 
sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian
kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang
paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di 
kalangan kamu dengannya."


3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,
mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan 
menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa
terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi
beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah 
tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita
tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda 
Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi
pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-
dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah
al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di
antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)


5. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai
musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan
dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat 
mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk
menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari
Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara 
hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang
bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk
sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).


6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang
bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat.
Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya
selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

3 comments:

  1. alhamdulillah..hamba peroleh ilmu baru =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...
    Tq 4 sharing fahz...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ....selaindi lakukan perkara yg wajib moga di lakukan perkara yang sunnah. insyallah

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)