,


Friday, February 8, 2013

Salam Jumaat Yang Penuh Berkat

Assalamualaikum wbt



Sabda Rasulullah....Sebaik-baik hari di mana matahari terbit ialah hari 
Jumaat. 

pada hari ini di jadikan Nabi Adam, 

pada hari ini di masukkan Nabi Adam adam ke dalam syurga, 

pada hari ini turun Nabi Adam ke dunia, 

pada hari ini diterima taubat Nabi Adam, 

pada hari ini Nabi Adam Wafat, 

pada hari ini hari kiamat berlaku, dan 

Disisi Allah...hari yang terlebih mulia ialah hari Jumaat....hari dimana 
orang mukmin dapat melihat Allah di syurga 


Semoga sahabat2 semua sihat, dan ceria ketika menjalankan tugas. Saya iringi doa moga sentiasa dalam peliharaan Allah.....Amin 


************************** 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau
kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam
mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur
setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon
anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

5 comments:

  1. amin ya rabbil alamin..moga Allah perkenankan doa kita pada hari Jumaat yang indah ini..

    ReplyDelete
  2. salam jumaat. al kahfi jangan lupe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat cik atin..Insya'Allah tak akan lupa :)

      Delete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)