Assalamualaikum wbt
Beribadah sambil mengamalkan pemakanan sihat. Pendekatan seperti itulah yang sepatutnya dipupuk dalam hati setiap Muslimin dan Muslimat apabila menjelangnya Ramadan. Keberkatan bulan Ramadan juga perlu direbut bagi mendidik hati ke arah kebaikan. Namun, berapa ramai di antara kita yang dapat mengawal nafsu makan apabila melihat pelbagai juadah di bazar Ramadan?
Bulan Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sebaliknya ia turut mengajar kita agar mengawal hawa nafsu. Antara nafsu paling besar yang sering membelenggu pada bulan puasa adalah nafsu makan. Nafsu makan yang keterlaluan dan tidak dibendung akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Justeru, bagi mengelak situasi berkenaan, anda perlu:
· Bersahur
Ia amat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari. Sebaiknya sajian paling berat diambil ketika bersahur dan bukannya ketika berbuka. Bagi sesetengah orang, sekeping roti bersama beberapa biji kurma dan secawan air coklat panas sudah memadai. Pun begitu, jika anda perlukan banyak tenaga pada keesokan hari ambillah sajian secukupnya.
. Menu seimbang
Pilih sajian yang mengandungi karbohidrat kompleks yang kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Kandungan serat membantu mengawal paras gula dalam darah selain mengenyangkan. Ia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut apabila lapar. Elakkan makanan gorengan dan pedas. Jangan lupa lebihkan buah-buahan dan sayuran kerana ia penting bagi proses perkumuhan dan mengelakkan sembelit.
· Bersederhana
Sentiasalah bersederhana ketika berbuka mahupun bersahur. Makan secara berlebihan pada waktu berbuka akan menyebabkan anda kekenyangan dan sukar beribadah. Ambil makanan dalam kuantiti sederhana tetapi cukup dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan badan.
· Air masak
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anda berasa pening dan mengantuk. Justeru, bagi memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat, minum banyak air masak ketika berbuka dan bersahur.
· Senaman
Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti beriadah. Jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk tidak bersenam.
Pemakanan dan gaya hidup yang sihat mempengaruhi ibadah anda di bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Semoga sama-sama beroleh manfaat!
creadit to nona
nice sharing.. yang penting makan secara seimbang dan banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan kekeringan..
ReplyDeletepemakanan perlu dijaga di bulan puasa =)
ReplyDeletebetul..kena bykkan minum air masak
ReplyDeleteInfo yang baik!!
ReplyDelete