,


Monday, August 19, 2013

Mohon Doa Buat Saudara-Saudara Kita...

Assalamualaikum wbt



Maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan apa yg dikehendakiNYA..

Dunia semakin hampir dengan pengakhirannya.Tapi ramai yang tak buka mata dan minda.Masih ramai yang alpa, sibuk mengejar hiburan duniawi.Contoh dan tanda terang2 didepan mata.Masih buat2 tak nampak dan buta.Siapa yg telah sedar perbanyakkan amalan.Moga diri kita sentiasa dlm peliharaanNYA..

Doakan juga buat saudara-saudara kita yang tertindas..Mohon perlindungan dari ALLAH buat umat-umat Islam di seluruh dunia..Amenn In Shaa Allah..

Luangkan sedikit masa untuk baca entry di blog INI..walaupun ianya mungkin hanya andaian tapi ada betulnya..


DOA QUNUT NAZILAH DAN TERJEMAHAN"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

8 comments:

  1. Subhanallah, Maha suci Allah.. semoga kita semua sentiasa beroleh perlindunganNya & tetap diatas landasan yg betul sehingga akhir hayat.. amin.

    ReplyDelete
  2. doakan semoga Allah memberikan ketabahan dan ketabahan kepada mereka..

    ReplyDelete
  3. good entri yunk..

    hai.. salam kenal,
    follower no.994
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  4. Amin.. Tak terucap betapa hiba melihat mayat bergelimpangan.

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita mendoakan mereka di sana

    ReplyDelete
  6. sama-samala kita berdoa ye...

    ** teringinlah nak tengok gamba fahz sekeluarga... tak penah pun fahz buh kat entri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak tgk pic famili fahz?hehehe alamakkk..1 day nanti fahz buat entry bout my famili na :)

      Delete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)