,


Friday, November 30, 2012

10 Wasiat Rasulullah SAW kepada Puterinya Fatimah Al- Zahra

Assalamualaikum wbt



" Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya , pasti ALLAH akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum , melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu
"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya , nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
"Ya Fatimah , tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang bertelanjang.
"Ya Fatimah , tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya , melainkan Allah akan menghalangnya dari minum air telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
"Ya Fatimah , yang lebih utama dari segala keutamaan dia atas adalah keredaan suami terhadap isteri.Andai suami tidak reda kepadamu , maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah , kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
"Ya Fatimah , apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan.Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan , Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.Bila meninggal ketika melahirkan , maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga.Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.
"Ya Fatimah , tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan.Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah,"
"Ya Fatimah , tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya , melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih."
"Ya Fatimah , tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati , melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."
"Ya Fatimah , tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya , meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga .Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga . Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

Tuesday, November 27, 2012

Beberapa Sifat Akhlak Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt

Rasulullah SAW bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan.Baginda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada." { Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad}

Beberapa Sifat Akhlak Rasulullah swt :-
  • RASULULLAH SAW seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadhan.
  • Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya.Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya.Baginda suka kepada bau-bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk.
  • Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada ALLAH SWT.
  • Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya.Baginda marah hanya kerana larangan-larangan ALLAH SWT yang dilanggar.
  • Akhlaknya adalah akhlak Al-Quran.
  • Orang yang paling tawaduk.
  • Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya.
  • Merendahkan sayapnya ( merendahkan diri ) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah.
  • Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain.
  • Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukai Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya.
  • Tidak pernah makan bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan.Baginda, menyukai manisan, madu dan buah labu.
  • Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.
  • Baginda biasa mengilap kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi orang yang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahu pun orang miskin.
  • Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma.
  • Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun ALLAH SWT memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat.
  • Baginda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir. Sebelum tidur Baginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.
  • Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.
  • Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah.
  • Sentiasa berlaku lemah-lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki dihadapan sahabatnya.
  • Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka.
  • Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada di dalam kesusahan.
  • Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
  • Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
  • Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.
  • Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa terkancing.
  • Apabila berhadapan sesuatu yang merungsingkan hatinya atau pun menyebabkannya marah, Baginda hanya mengusap janggutnya dan diam.
  • Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh.
  • Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke bumi.
  • Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka.
  • Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan halaman rumah.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)