Assalamualaikum wbt
Rasulullah SAW bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan.Baginda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada." { Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad}
Beberapa Sifat Akhlak Rasulullah swt :-
- RASULULLAH SAW seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadhan.
- Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya.Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya.Baginda suka kepada bau-bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk.
- Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada ALLAH SWT.
- Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya.Baginda marah hanya kerana larangan-larangan ALLAH SWT yang dilanggar.
- Akhlaknya adalah akhlak Al-Quran.
- Orang yang paling tawaduk.
- Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya.
- Merendahkan sayapnya ( merendahkan diri ) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah.
- Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain.
- Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukai Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya.
- Tidak pernah makan bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan.Baginda, menyukai manisan, madu dan buah labu.
- Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.
- Baginda biasa mengilap kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi orang yang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahu pun orang miskin.
- Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma.
- Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun ALLAH SWT memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat.
- Baginda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir. Sebelum tidur Baginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.
- Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.
- Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah.
- Sentiasa berlaku lemah-lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki dihadapan sahabatnya.
- Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka.
- Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada di dalam kesusahan.
- Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
- Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
- Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.
- Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa terkancing.
- Apabila berhadapan sesuatu yang merungsingkan hatinya atau pun menyebabkannya marah, Baginda hanya mengusap janggutnya dan diam.
- Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh.
- Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke bumi.
- Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka.
- Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan halaman rumah.
betapa mulianya Baginda .. nice sharing ;)
ReplyDeleteInfo yang terbaik!!!!!!!
ReplyDelete