,


Thursday, June 21, 2012

1 Syaaban 1433H

Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


21 jun 2012 bersamaan dengan 1 Syaaban 1433H.Syaaban bererti berselerak atau pecahan yang banyak. Dimana pada zaman Arab sebelum Islam, mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung dirumah ketika bulan Rejab.
Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan. Ia adalah bulan yang kelapan dalam kalender Hijriah. Sebahagian ulama' menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan kepada umat Islam pada bulan Syaaban adalah: 

1.Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Sebagai umat Baginda Rasulullah, kita perlulah mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi mengimarohkan dan mengagungkan bulan Syaaban ini. 

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

2.Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 

3. Bertaubat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu.

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

No comments:

Post a Comment

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)