,


Monday, October 14, 2013

Salam AidilAdha 2013 / 10 Zulhijjah 1434

Assalamualaikum wbt...




Raya AidilAdha ataupun dipanggil Raya Qurban atau Raya Haji diraikan pada hari ke 10,11,12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal.

 Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah AllahSWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Dikesempatan ini Fahz sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam diMalaysia dan dimana jua anda berada..

** 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.




jom komen di entry Fahz..TQVM :)

7 comments:

  1. Subhanallah.. semoga kita semua beroleh keberkatan Allah swt.. amin. Salam Aidiladha, semoga sentiasa ceria disamping keluarga :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya buat keluarga admin.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidiladha kepada fahz sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha jugak tuk fahz.... banyak kelebihan hari raya qurban ye

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)