,


Thursday, November 14, 2013

Pujian Terakhir Dari Abah....

Assalamualaikum wbt...




Bila kali terakhir abah or ayah or papa kamu memuji kamu..? Tak kira la pujian itu atas sebab apa..
Jika kamu masih lagi mempunyai abah or ayah or papa , hargailah setiap pujian yang dia berikan kepada kamu..kerana jika itu adalah pujian TERAKHIR darinya Fahz percaya kamu ingin sekali mendengar dia mengucapkannya berkali-kali...

Dah 14 hari Abah " pergi " meninggalkan kami semua..Pergi yang takkan kembali. Pastinya saat saat bersama arwah abah kami rindui. Adakalanya Fahz bagai tak percaya yang sekelip mata saja abah dah pergi menemui Illahi.. Abah tak pernah menunjukkan sakit yang kronik di depan kami semua.. Cuma 5 hari yang terakhir abah didunia , abah banyak baring , tak lalu makan , badan abah mula lemah untuk berjalan..

Waktu itu abah banyak meninggalkan "pesan".. Pesanan yang selalu abah beri pada kami anak anaknya dan juga Emak.. Pesan abah " jangan tinggal solat " , " jaga mak , teman mak , nanti mak bosan sorang sorang ".. Dan pujian terakhir abah buat fahz bila abah minta buatkan air kopi untuknya.. Fahz yang baru sampai dari Nilai dengan suami pujuk abah agar ke hospital untuk buat medical checkup.. Sebelum2 nie abah memang seorang yang amat amat payah untuk pergi hospital.. Puas sudah adik beradik pujuk , tetap juga berkeras..

Bila Fahz sampai rumah abah 31hb malam , fahz cuba pula pujuk abah.. " abah,esok kita pi hospital ye,tapi bukan kat muar , kita pi hospital NCI di Nilai".. pantas abah kata "nak2".. kalau hari tak jauh malam dah pastinya fahz bergegas bawa abah ke nilai malam tu jugak.. Bila semua adik beradik dah balik rumah sendiri lewat 1 pagi pd 1hb fahz bantu mak urut2 badan abah , kepala abah semua anggota badan abah yang dipinta.. Kopi yang fahz buat sampai 2 cawan abah minum.. sambil minum abah kata " sedapnya kopi yang ann buat nie.." Ann, panggilan untuk fahz dari famili dan juga semua kawan kawan yang mengenali fahz kecuali dunia blogger.. berkali-kali abah memuji dan mengulangi ayatnya yang sama..

Jam 2.30 pagi fahz minta diri kat mak nak tengok baby dalam bilik.. Sambil  tidurkan baby , fahz pun sama terlelap.. cuma fahz tersedar jam 2.40 pagi bila mak ketuk pintu bilik sambil panggil fahz keluar untuk tengok abah.. Nada suara mak amat cemas.. Fahz berlari keluar.. Fahz pandang abah.. Abah dah pejam mata. Tanpa sahutan bila dipanggil dan digerak , dan... tanpa nadi.. Fahz tak duga yang abah dah pergi.. Fahz pujuk hati agar anggap abah cuma pengsan..Tapi fahz tetap ajar abah mengucap.. Berkali kali fahz ajar abah mengucap.. Fahz bisikkan kalimah syahadah ditelinga abah.. Mak pangku abah , mak peluk abah erat.. Fahz lupa tentang suami dan adik bongsu fahz yg masih terlena . Bila mak pinta fahz kejutkan mereka baru fahz tersedar.. Adik fahz berlari mendapatkan abah.. Dia pangku abah , dia peluk abah , cium abah... Masa tu fahz mula sebak.. Tak terasa lantai yang dipijak.. Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan kami waktu itu..

Bila Abah dah tak ada , baru semua perbualan dengannya teringat kembali.. Abah pernah kata pada fahz " abah dah dapat petanda 100 hari abah "..fahz ingat abah melawak.. Abah kata masuk je bulan 11 abah nak rehat sepuasnya.. 1hb 11 2013 hari Jumaat jam 2.45pagi abah telah pergi buat selama-lamanya.. Allah dengar doa abah.. Abah doa supaya dia dapat meninggal pada hari jumaat.. Selalu abah ucapkan ayat itu.. Abah meninggal di sisi mak , sambil mak peluk abah tengah baring..



Al-Fatihah buat Abah.. Semoga abah tenang disana.. 






jom komen di entry Fahz..TQVM :)

9 comments:

  1. sebak aiza membaca entri fahz.. al-fatihah untuk abah fahz.. semoga abah fahz ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. ayah aiza pun dah 18 tahun meninggalkan aiza.. semoga fahz tabah dan jaga mak baik-baik sebagaimana pesanan abah fahz..
    p.s: rumpai laut tu aiza dah terima.. jutaan terima kasih untuk fahz.. aiza amat menghargainya..

    ReplyDelete
  2. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/11/rumpai-laut-dari-blogger-fahz.html

    ReplyDelete
  3. Innalillah... Salam takziah Fahz.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. terharu baca ni..sy menangis...
    semoga arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg soleh...doa untuk abh jgn berhenti
    fahz buat baik pun arwah dpt bahagiannya..redakan hati..ye

    ReplyDelete
  5. innalillah...takziah fahz sekeluarga...
    sayunya azie baca..wpun azir hampir 4 bulan kehilngan abah juga..kesannya masih terasa smpa skrg. xpuas lg nk bermanja dgn abah...rindu sangat

    ReplyDelete
  6. takziah fahz... sedih gak dgr citer fahz ni... teringat arwah abah yang dah 12 tahun pi... mcm yang fahz kata gaklah, mula2 cam tak caya je... klu bley takmo nak bagi dia pi tapi kuasa Allah sapa yang boleh menidakkan..redhakan la dia pi, semoga dia tenang dan aman di sana....

    ReplyDelete
  7. sebak baca nukilan ni. Takziah utk kak Fahz dan fmily..

    ReplyDelete
  8. Semoga fahz sentiasa tabah. setiap org akan ke sana. tapi kita x tau turn kita bila. semoga kita sama2 bersedia bw bekalan kita utk ke sana nnt.

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)