,


Friday, November 29, 2013

Takzirah Jumaat : Hukum Berselawat

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
  1. Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
  2. Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
  3. Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.
Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaiminrahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah selawat itu wajib apabila ada sebabnya, tetapi hukum secara amnya adalah sunat.
LAFAZ SELAWAT KE ATAS NABI
Adapun bagaimana kita hendak berselawat ke atas Nabi, apakah lafaz selawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, hal ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Rasulullah dan dia berkata,
“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain dengan sedikit perbezaan lafaz pada “wa baarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.
Ini adalah lafaz selawat ke atas Nabi yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna daripada itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti mana yang kita baca di dalam tahiyat sebelum salam. Lafaz itu bukan khas di dalam solat sahaja. Di dalam solat, itu yang wajib kita baca.
Itu yang dinyatakan di awal tadi; selawat menjadi wajib apabila ada sebabnya seperti mana ketika di dalam solat. Maka kita wajib membacanya seperti itu kerana itu yang diajar untuk dibaca ketika di dalam solat secara khasnya.
Maka ketika di dalam solat, kita wajib mengikut lafaz yang diajar, kita tidak boleh mereka-reka lafaz selawat yang lain. Apabila di dalam solat kita telah diajar lafaz selawat yang tertentu dan yang khas maka itu yang perlu dibaca. Dan itulah lafaz yang paling sempurna dan yang paling tinggi pahalanya.



jom komen di entry Fahz..TQVM :)

5 comments:

  1. salam jumaat fahz.. perkongsian yang bermanfaat.. selawat sebagai tanda memperingati baginda rasulullah saw.. llaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru perasan ada typo.. *allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad.. singgah klik-klik.. :D

      Delete
  2. T kasih diatas perkongsian & peringatan Fahz.. :)

    ReplyDelete

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)