,


Thursday, November 10, 2011

Usah Diserahkan Cinta


Usah diserahkan cinta sebab diri terasa sepi..
Kelak hati akan mula membenci,
jika dia bukan teman hidup yang dicari..
Yang hanya pandai menabur janji..

Usah diserahkan cinta kerana tertarik pada paras rupa..
Kelak jiwa akan terseksa,
jika dia yang dipilih tidak sebaik parasnya..
Yang senyuman manisnya hanya tipu belaka..

Usah diserahkan cinta kerana dirimu sering dipuji..
Kelak diri menagih janji,
jika muka berkedut dimamah hari..
Yang kesudahannya hilang sudah puji-memuji..

Usah diserahkan cinta kerana dirinya berharta..
Kelak satu masa hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja..
Yang sukarnya hidup miskin dan papa..

Usah diserahkan cinta kerana namanya kekasih..
Kelak diri akan disisih,
jika luntur sudah kasih bersih..
Yang memakan diri hidup bersedih..

Usah diserahkan cinta kerana menyambut salam rindu..
Kelak hati menahan pilu,
jika rindu itu tidak dapat bersatu..
Yang di manakah akhirnya hati ingin mengadu..

Usah diserahkan cinta kerana rasa ingin berteman..
Kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman yang diterima tidak beriman..
Yang menjadi penyebab dibakar api di hari kemudian..

Namun, serahkanlah cinta kepada seorang insan...
Bila cintanya dihulurkan kerana Tuhan..
Kerana sedarkan diri yang nipisnya iman..
Mencari bekalan hidup berteman..

Juga, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila kehadirannya penyebab meningkatnya keimanan..
Kerana telah dijadikan setiap yang hidup itu punya pasangan..
Menerima baik dan buruk ketentuan Tuhan..

Lagi, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila ia mengajar erti sebuah kehidupan..
Kerana kekurangan itu sebenarnya dugaan dan ujian..
Memuji Tuhan pula jangan dilupa jika ia sebenarnya kelebihan..

Dan akhirnya, serahkanlah cinta kepada seorang insan..
Bila diri senantiasa mengingati akan janji Tuhan..
Kerana isteri yang solehah sebesar kurniaan..
Mendapat suami soleh pula itulah kemenangan...

sumber: doc_cinta

jom komen di entry Fahz..TQVM :)

1 comment:

awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)