Assalamualaikum
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Petua Makanan :
Roti (Khubz): Roti yg paling bagus ialah diperbuat dari gandum yang baik dimasak dlm pembakar roti yg bulat.Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus selepas memakannya.
Jintan Manis (anisun): Jintan Manis banyak khasiatnya.Ianya melegakan kesakitan dlm badan,melancarkan perjalanan haid,membanyakkan susu,mengeluarkan gas dlm usus.Ianya boleh juga digunakan dlm bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah): Epal yang masam lebih sejuk daripada yg manis.Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn): Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz): Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir): Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.Rasullullah saw pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.
Selasih (manis rayhan): Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah): Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan.Baik utk menghilangkan sembelit.Mentega yang dicampur dengan madu dan kurma sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada wanita hamil.
Chamomile (babunaj) : Kegunaan Chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing.Ianya sangat berguna utk memanaskan badan.
Lobak merah: Kegunaannya memanaskan badan.Juga melancarkan aliran haid dan kencing.
Biji Kopi (qahwah): Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah.Menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji Hitam ( habb al sauda): Dilaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".Adalah dilaporkan juga bahawa Allah swt menunjukkan bahawa "ia" itu ialah Habb al sauda menghapuskan angin dlm usus dan demam.Baik utk merawat "leukoderma" dan membuka saluran urat yg halus.Berguna menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj): Memudahkan penghadaman.Membetulkan imbangan badan,baik utk otak dan badan.Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yg tidak bertelur.
Kulit Kayu Manis (darchini): Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan.Minyaknya sebagai penawar utk menghapuskan rasa tidak hadam.Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dlm resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

perkongisan yg bagus...
ReplyDeleteterima kasih... :D
rahsia disebalik makanan, banyak kelebihan dia rupanya...
ReplyDelete