Assalamualaikum
Kumulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan Nabi Muhammad saw adalah malam Lailatul Qadar berlaku pada 1 malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama utk mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramdhan
- Isnin , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
- Khamis , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
- Sabtu , malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas.
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sayudan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
No comments:
Post a Comment
awak,tinggalkan komen ye..Satu pun dah okey :).kalau komen yg membina lagi bagus :)