Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat buat semua warga Malaysia yang beragama Islam..
Sihir merupakan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah Taala. Ia merupakan perbuatan yang dianggap satu dosa besar dan memesongkan akidah. Jauhi dari melakukan perbuatan ini kerana ia akan menghumbankan diri dalam serba kehinaan di hadapan Allah kelak.
Sihir, selalunya dilakukan dengan bantuan jin dan iblis. Sihir adalah satu cara ilmu hitam yang menyesatkan untuk menyakitkan manusia lain. Sihir merupakan satu-satunya ilmu yang diharamkan untuk belajar, namun ada pendapat menyatakan ia satu ilmu yang harus anda tahu agar dapat melindungi diri dari terkena sihir.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Hanya syaitan-syaitan itu sajalah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia." (Al-Baqarah: 102)
Bagi mereka yang nak tahu berkenaan sihir, saya syorkan anda bertanyalah pada mereka yang arif lagi pakar, yang punyai latar belakang agama yang kukuh. Ia merupakan satu ilmu yang mempunyai daya tarikan yang boleh menyebabkan diri kita berada dalam kesesatan.
Jadi, bagaimana nak tahu seseorang terkena sihir? Antara simpton atau tanda-tanda seseorang terkena sihir ... salah satunya ialah sakit anggota badan.
Sakit badan ini meliputi perkara berikut:
- Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
- Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
- Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
- Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas. Sedawa yang berpanjangan tanpa sebab.
Namun, jangan terlalu cepat membuat satu kesimpulan tentang sesuatu penyakit yang menimpa. Adalah lebih baik berusaha dulu dengan perubatan moden yang sedia-ada untuk mencari punca penyakit.
Ada di antara kita dalam kalangan masyarakat terlalu taksub dengan kepercayaan satu penyakit itu datangnya dek kerana sihir dan buatan orang, tanpa berbuat sesuatu dengan merujuk kepada bidang perubatan yang ilmunya juga datangnya dari Allah Taala.
nauzubillah... jauhkan dari semua nie .. syukran kak ... entry yang berguna
ReplyDeletesama-sama..semoga kita terhindar hendakNYA..
Deleteassalamualaikum ... perkara yg paling mudah dibuat bila tanda - tanda kat atas ada ialah cari bacaan rukyah kat youtube , dowmload kat lappy or hp pastu dengar berulang2 ... insya Allah
ReplyDeleteminta dijauhkan... aaminn.
ReplyDeleteminta di jauhkan juga..
ReplyDelete