Assalamualaikum wbt
" Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah , sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya " kata seorang Mahasiswi.
" Ana memang tak sebagus Ali , sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah.Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah! " Tegas seorang Mahasiswa.
Semua sibuk menCARI..jika jumpa mudahkah untuk mengekalkannya??
Kita jumpa dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah.Alhamdulillah,imejnya berjubah dan bertudung labuh.Tetapi mudahkah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumahtangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja , dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh , atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
betul3. saya setuju!
ReplyDeletenak mencari tu mmg mudah, tapi kdg2 bila mencari kita tersalah jumpa.
sbb manusia ni rambut sama hitam, hati lain2.
bila2 boleh berubah
hmm..setuju sangat...kita perlu betulkan diri kita dulu sebelum mahu yang lebih baik..:)
ReplyDeletesemua orang nak yang terbaik..insha Allah moga Allah mudahkan segalanya :)
ReplyDeletebila la nak jumpa mr.right hamba ...hihi
ReplyDeleteBerdoa la pada Allah, Insya Allah, tuhan akan mempertemukan jodoh yang baik...kerana Allah sgt sygkan hamba Nya...
ReplyDeletesaya xsempurna =(
ReplyDeleteaah kak..abg iman keje sne.akk pon keje sne ke?xgtau boleh jmpe ai 2
setuju...In Shaa Allah...
ReplyDeletesetuju sangat.... insyaAllah satu hari nanti jumpe Mr Right... tapi jangan terburu-buru..
ReplyDeletemorning kak fahz :)
setuju, kdg2 betul kata org, pasangan kita adalah cerminan kita.. hehehe :)
ReplyDelete