Assalamualaikum wbt
Kumulai dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Berikutan adalah kisah menyayat hati yang aku (Fahz) lalui dengan suami.Sebenarnya tak nak dedahkan cerita nie pada umum.Tapi bila aku try search nama mangsa yang terlibat,ternyata ada pekara yang tidak benar..Jadi aku ingin kongsikan serba sedikit yang aku tau..
Tajuk berita di MyMetro (Tiada Langsung Simpati).Tidak benar sama sekali..
Kejadian sekitar jam 9 mlm.Di km201.9 berdekatan plaza tol ayer keroh arah selatan.Sewaktu kenderaan kami ( Aku( Fahz) & suami ) sampai di tempat kejadian, mungkin kemalangan baru berlaku.Zaleha Rasul sedang dukung bayinya dan menjerit kpd suamiku,“tolonggg anak saya”.Lantas suami berkata “jap3″ sambil menunjukkan isyarat tangan.Bila kenderaan kami berhenti di bahu jalan,aku bergegas keluar diikuti beberapa pemuda yang turut berhenti.Tanpa menghiraukan kenderaan lain,aku berlari menuju ke Zaleha dan bayinya.Kelihatan zaleha dan bayinya berdarah dibahagian muka.Dan bayinya tidak menunjukkan sebarang reaksi..Aku memimpin zaleha ke tepi jalan dgn hasrat utk membawanya ke hospital.Terhenti apabila sebuah kenderaan polis berhenti dan aku menghantarnya ke dlm kenderaan tersebut bersama bayinya.Keterangan tentang org ramai tidak simpati berikutan tajuk di metro adalah tidak benar.Ramai yang berhenti menghulurkan bantuan.Dan yang mengambil barang2 iaitu kain perniagaan mangsa hanya seorang “pakcik” yang usianya lewat 40an.Aku ada menegur diatas perbuatannya.Sambil berlalu pakcik itu berkata ” dari kena lenyek baik saya kutip”.Dgn perasaan yang terlalu sedih dan panik aku hanya memandang perbuatan pakcik itu dengan linangan airmata..Sementara menunggu suami pergi menghulurkan bantuan ke atas suami Zaleha,aku hanya bersandar di kereta dan teringatkan Zaleha dan bayinya.Dalam hati berkata " tahukan zaleha yang suaminya sudah meninggal"..Aku menangis tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang didepanku.Seakan aku yang terlibat dalam nahas tersebut.
Peringatan untuk diri sendiri..Jalanraya mahupun highway,bukan lesen" untuk kita memandu dengan laju.Nahas tidak berbau.
( bila terpandang seluar yang aku pakai malam kejadian,hatiku tersentuh.Masih ada kesan darah si bayi..Lantas aku masukkan dlm washing machine buh clorox.Biar ianya terpahat dlm fikiran saja )...Semoga Roh suami dan anak zaleha dicucuri Rahmat..Amin..
sedihnye fahz...semga zaleha rasul tabah menghadapinya...
ReplyDeletesgt2 sedih..kejadian pada 12 april 2012.tapi hingga ke hari ini,Fahz masih mengenangkan nasib zaleha..kehilangan insan2 yang bermakna dlm hidupnya..
Deletesaya pun tak dapat bayangkan perasaan anda ketika tu ...Mesti sedih yek?
ReplyDeleteTapi saya yakin orang Malaysia ini memang baik hati kalau bab tolong menolong. Blum pernah saya tengok ada orang yang kemalangan di Malaysia tak ader orang tolong!!!
innalillah . moga rohnya di kalangan org2 yang beriman .
ReplyDeletejatuh sikit pun , ada orang tolong lah . wlaupun jatuh motor . haih .
Malaysians are probably one of the most helpful people on earth.
ReplyDelete